Indonesia siasat kes kecederaan buah pinggang bawa maut dalam kalangan kanak-kanak
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
JAKARTA: Indonesia akan menyiasat kes kecederaan buah pinggang akut yang sudah mengakibatkan kematian lebih 20 kanak-kanak di ibu kota Jakarta tahun ini.
Demikian menurut penguasa kesihatan Indonesia pada Rabu (12 Okt), lapor Reuters.
Siasatan dijalankan ketika pihak berkuasa di Gambia menyatakan hampir 70 kanak-kanak meninggal dunia akibat kecederaan buah pinggang akut selepas mengambil sirap parasetamol, yang dijual di pasaran tempatan, untuk merawat demam.
Indonesia akan menyelaraskan tindakan dengan para penyiasat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Setakat ini, para penyiasat WHO mendapati tahap dietilena glikol dan etilena glikol yang "tidak boleh diterima", yang turut boleh menjadi toksik, dalam empat produk buatan Maiden Pharmaceuticals Ltd, sebuah syarikat berpangkalan di ibu kota India, New Delhi.
Pengawal selia ubat-ubatan Indonesia (BPOM) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa sirap-sirap berkenaan tidak didaftarkan di negara itu.
Sementara itu, jurucakap kementerian kesihatan, Encik Mohammad Syahril, memberitahu Reuters sebanyak 131 kes kecederaan buah pinggang akut dilaporkan di seluruh negara sejak Januari lalu, memetik data persatuan pediatrik negara (IDAI). Beliau menambah angka korban keseluruhan masih lagi ditentukan.
Tambah Encik Syahril lagi, kes-kes yang dilaporkan di Gambia tidak mempunyai kaitan dengan kes-kes di Indonesia.
Agensi kesihatan Jakarta pula menyatakan secara berasingan bahawa terdapat sejumlah 31 kes yang dilaporkan di bandar tersebut sejak Januari, di mana 68 peratus daripadanya telahpun membawa maut.
Kementerian Kesihatan menyatakan ia sedang berbincan dengan para pakar daripada WHO, yang sedang menyiasat kes tersebut di Gambia.
Kementerian itu juga sudahpun menubuhkan satu pasukan dengan IDAI dan sebuah hospital yang berpangkalan di Jakarta untuk meneliti perkara tersebut.
Menurut kementerian kesihatan, dapatan awal mendedahkan potensi mabuk berkemungkinan adalah punca penyakit tersebut meskipun tiada punca pasti yang ditemui setakat ini, lapor Reuters.
Kementerian tersebut menambah kajian lanjut perlu dijalankan.
Pihak berkuasa India menyatakan pada Rabu ia mendapati 12 pelanggaran amalan baik di sebuah kilang Maiden dan sudahpun menghentikan penghasilan sirap batuk di kilang berkenaan.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.