Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia siasat kebocoran data pemerintah, surat kepada Presiden Jokowi

Indonesia menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan untuk menyiasat kebocoran sejumlah data milik tokoh masyarakat dan surat-surat yang ditujukan kepada Presiden Joko Widodo.

Anggaran Waktu Membaca:
 Indonesia siasat kebocoran data pemerintah, surat kepada Presiden Jokowi

(Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

JAKARTA: Indonesia menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan untuk menyiasat kebocoran sejumlah data milik tokoh masyarakat dan surat-surat yang ditujukan kepada Presiden Joko Widodo.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (Kominfo) Johnny G. Plate berkata pasukan itu akan dianggotai Badan Siber dan Enkripsi Negara, Kominfo, polis dan Badan Perisikan Negara (BIN).

“Mereka akan meneliti data yang beredar termasuk oleh penggodam, 'Bjorka',” katanya selepas mesyuarat bersama Presiden di Istana Merdeka, pada Isnin (12 Sep).

Bagaimanapun, semakan awal mendapati data bocor itu berstatus umum dan bukan data spesifik yang terkini, kata Johnny.

Sepanjang minggu lalu, ‘Bjorka’ mendakwa telah mencapai beberapa data milik kementerian termasuk surat milik Joko Widodo serta surat dari agensi perisikan.

Sementara itu, Johnny berkata Kominfo masih menunggu jadual perbahasan di Parlimen mengenai rang undang-undang perlindungan data untuk memperkukuh infrastruktur keselamatan siber negara itu.
Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan