Indonesia siapkan rating usia untuk permainan online
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
BANDUNG: Menteri Komunikasi dan Digital Meutya Hafid berkata pemerintah akan menyediakan peraturan khas berhubung klasifikasi atau rating bagi permainan online.
Langkah ini adalah tindak balas kepada banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kandungan permainan yang dianggap tidak sesuai untuk kanak-kanak, lapor Kompas.
“Kami juga banyak menerima keluhan daripada ibu bapa tentang permainan yang kemudian mengandungi kandungan yang tidak sesuai untuk anak-anak, mengandungi kandungan kekerasan, dan lain-lain,” kata Cik Meutya di Pejabat Batu Akik, Bandung, Jawa Barat pada Sabtu (5 Jul).
Pemerintah juga mengeluarkan Peraturan Pemerintah No. 21 Tahun 2025 tentang Tata Kelola Pelaksanaan Sistem Elektronik Perlindungan Anak (PP Tunas).
Peraturan itu menghadkan atau melambatkan tempoh untuk kanak-kanak mengakses permainan itu, menurut laporan Kompas.
Melalui PP Tunas ini, klasifikasi atau rating akan dibuat untuk sesuatu permainan.
"Namun, kita lebih maju daripada beberapa negara yang melakukan perkara yang sama, kerana kita akan melakukan rating dan klasifikasi," tambahnya.
Menurut Cik Meutya, klasifikasi permainan online juga berdasarkan had usia.
Lebih banyak kandungan itu mengandungi unsur keganasan, lebih tinggi had usia yang ditetapkan, lapor Kompas.
Jika permainan itu diklasifikasikan sebagai selamat, maka ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak kecil.
"Kalau kategori ... berisiko tinggi, maka umur 16 hingga 18 tahun. 16 tahun boleh akses, 18 tahun boleh masuk.
"Jadi, 16 boleh akses ditemani ibu bapa, 18 berdikari sepenuhnya," katanya lagi.
Beliau juga berharap pemaju permainan juga dapat memberi lebih banyak perhatian terhadap kandungan permainan online.
“Saya sangat berharap ini tidak menjejas industri permainan dan kami juga mengharapkan rakan-rakan dalam pemaju permainan berhati-hati dengan kandungannya dan ini bukan sekadar gerakan di Indonesia. Secara global, permintaan ini semakin meningkat,” jelasnya.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.