Indonesia siap sedia laksana pembenihan awan tangani kebakaran hutan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: AFP
JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak-pihak berkepentingan sedang bersiap sedia untuk melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan ini bagi menangani kebakaran hutan.
Pengarah Pencegahan Kebakaran Hutan Thomas Nifinluri berkata langkah itu bagi menangani kebakaran yang berlaku baru-baru ini selepas musim tengkujuh, khususnya di wilayah Riau.
Tumpuan pihaknya tahun ini adalah untuk mengemas kini pelan pembenihan awan dengan agensi meteorologi BMKG dan memastikan kesediaan dalam analisis bahan benih, pesawat dan cuaca, katanya dipetik oleh media tempatan.
Menurut Encik Thomas, Kota Dumai di Riau telahpun mengisytiharkan darurat untuk mempercepatkan usaha tindak balas melalui operasi pembenihan awan dan bantuan tambahan.
Menurut BMKG Pekanbaru, sebanyak 51 tapak kebakaran telah dikesan di wilayah itu, terutama tertumpu di sepanjang pantai timur Sumatera, dengan Dumai mencatatkan jumlah tertinggi.
Agensi Pengurusan Bencana Riau menyatakan kebakaran hutan telah menjejaskan kira-kira 22 hektar di wilayah itu sejak awal Januari hingga 26 Feb lalu.
Pemangku Ketua Pengarah Kawalan Perubahan Iklim kementerian tersebut, Ade Palguna Ruteka memberi amaran tentang potensi berulangnya kebakaran di wilayah itu, terutama sejak bulan lalu dan musim kemarau seterusnya pada Jun dan Julai.
"Tindakan segera perlu untuk menyelaraskan operasi pembenihan awan dalam kalangan pihak berkepentingan seperti Badan Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN), Angkatan Udara Indonesia, BMKG dan agensi lain," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.