Indonesia siap sedia hadapi kebakaran hutan di tengah cuaca kering berpanjangan akibat El Nino
Anggaran Waktu Membaca:
(Gamabr: CNA/Nivell Rayda)
JAKARTA: Indonesia sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku kebakaran hutan dan tanah gambut tahun ini sedang para saintis meramalkan kembalinya fenomena cuaca El Nino pada separuh kedua 2023.
"Kami sudah melihat trend meningkat pada kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut, walaupun kita masih beralih dari musim hujan ke musim kemarau,” kata jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia Abdul Muhari pada perbincangan pada Selasa (6 Jun).
Encik Muhari berkata terdapat empat kes kebakaran hutan dan tanah gambut pada awal Mei. Jumlah itu meningkat kepada 16 pada awal Jun. Kebakaran berlaku di beberapa bahagian di Sumatera dan Kalimantan, tambahnya
“Jika terus begini dalam tempoh peralihan (antara musim hujan dan musim kemarau), kita boleh bayangkan bagaimana keadaannya pada kemuncak musim kemarau,” kata jurucakap agensi bencana itu.
Kes-kes kebakaran hutan dan tanah gambut merosot dengan ketara sejak tiga tahun lalu disebabkan oleh fenomena cuaca La Nina yang menyebabkan lebih banyak hujan. Tahun lalu, kebakaran hutan dan tanah menjejaskan kira-kira 20,000 hektar tanah, satu perlapan daripada apa yang berlaku pada 2019, menurut data BNPB.
Sungguhpun demikian, Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) menyatakan terdapat petanda bahawa fenomena cuaca panas El Nino akan kembali pada tahun ini. Model yang dibuat oleh pertubuhan itu membayangkan IOD positif juga boleh berlaku sekali lagi dan memburukkan lagi kesan El Nino.
Encik Urip Haryoko, seorang pakar klimatogi di Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia berkata Indonesia mungkin mengalami musim kemarau yang berpanjangan sehingga Mac atau April tahun depan.
"Tempoh paling kering ... akan dirasakan pada bulan September dan Oktober," kata Encik Haryoko kepada Mediacorp.
Beliau menambah, sepanjang tempoh itu, matahari akan berada paling dekat dengan khatulistiwa yang melintasi Indonesia.
PENCEGAHAN PENTING
Berucap kepada para wartawan di luar
persidangan di Singapura pada Selasa (6 Jun), Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan berkata persiapan negara itu sedang "berjalan lancar" bagi menghadapi kemungkinan berlaku jerebu rentas sempadan tahun ini.
"Kami mempunyai teknologi pengubahsuaian iklim. Ini (supaya) kita boleh menjana hujan lebih awal untuk menyediakan kolam, jadi kita mempunyai air yang mencukupi untuk menghentikan kebakaran,” kata Encik Luhut.
Encik Muhari, jurucakap BNPB, berkata bahawa usaha memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut akan ditumpukan di enam wilayah Indonesia: Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.
Empat daripada wilayah tersebut, iaitu Sumatera Selatan, Jambi, Riau dan Kalimantan Barat, sudahpun mengisytiharkan status darurat kebakaran hutan dan tanah gambut.
Ia membolehkan para pegawai pemerintah pusat di Jakarta untuk campur tangan dan memperuntukkan tenaga kerja dan sumber yang diperlukan untuk memadamkan kebakaran.
PERSIAPAN SEDANG DIJALANKAN
Encik Thomas Nifinluri, pengarah
pencegahan kebakaran hutan dan tanah gambut Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia berkata kementerian itu bekerjasama dengan institusi-institusi lain untuk menangani kebakaran.
Kementerian itu turut bekerjasama dengan Badan Riset dan Inovasi Nasional Indonesia untuk mengenal pasti tompok panas dan menjalankan pembenihan awan - satu teknik pengubahsuaian cuaca untuk meningkatkan keupayaan awan untuk menjana hujan.
Para pegawai pemerintah juga melakukan rondaan bersama dengan tentera dan sukarelawan awam selepas menerima aduan daripada masyarakat setempat mengenai kebakaran hutan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.