Skip to main content

Dunia

Indonesia siap sedia hadapi banjir, hujan lebat jelang kemuncak musim hujan

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia siap sedia hadapi banjir, hujan lebat jelang kemuncak musim hujan
(Gambar: BMKG)
Diterbitkan : 03 Nov 2025 03:51PM Dikemas Kini : 03 Nov 2025 03:52PM
JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memberi amaran mengenai peningkatan risiko banjir, tanah runtuh dan angin kencang selepas kebanyakan wilayah di negara itu kini memasuki kemuncak musim hujan, dengan hujan lebat sudahpun melanda beberapa kawasan di Pulau Jawa.

BMKG memaklumkan hampir 44 peratus wilayah di seluruh negara itu memasuki musim hujan, dengan kemuncaknya dijangkakan antara Disember 2025 dan Januari 2026.

“Hujan sederhana hingga lebat telah direkodkan di Banten, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Yogyakarta, dengan jumlah curahan harian mencecah sehingga 150 milimeter di beberapa kawasan,” kata Ketua BMKG Dwikorita Karnawati dalam satu kenyataan.

Beliau berkata angin monsun aktif dan suhu permukaan laut yang lebih panas menyebabkan atmosfera menjadi tidak stabil dan kaya dengan lembapan, sekali gus mendorong peningkatan hujan baru-baru ini.

BMKG turut memberi amaran bahawa aktiviti ribut tropika di selatan Indonesia dijangka semakin meningkat bulan ini, membawa risiko hujan lebat dan laut bergelora di sekitar Jawa, Bali dan Nusa Tenggara.

Hujan lebat turut diramalkan di kebanyakan kawasan di kepulauan tersebut minggu ini, termasuk Sumatra, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Maluku, dengan amaran cuaca dikeluarkan bagi Banten, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta dan Papua.

Agensi itu turut menggesa para penduduk agar sentiasa berwaspada, mengelak daripada berteduh di bawah pokok atau papan iklan semasa ribut, serta mendapatkan ramalan terkini melalui aplikasi InfoBMKG.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita