Indonesia semakin tertekan kawal kebakaran hutan di Kalimantan, Sumatera
Indonesia menghadapi tekanan yang semakin hebat untuk mengawal kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia dan Singapura.

Bomba Indonesia memadamkan kebakaran hutan di Ogan Ilir, Sumatera Selatan. (Gambar: AFP/Abdul Qodir)
INDONESIA: Indonesia menghadapi tekanan yang semakin hebat untuk mengawal kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia dan Singapura.
Mutu udara di Riau, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah dilaporkan berada di paras berbahaya hari ini (18 Sep).
Sekitar 15,000 pegawai dikerah ke kawasan-kawasan tompok panas untuk membantu memadamkan api.
Puluhan pesawat juga diterbangkan untuk melakukan pembenihan awan dan melawan api dari udara.
Namun begitu, usaha untuk mengawal kebakaran hutan membuat kemajuan yang sedikit sahaja.
Ini kerana keadaan tanah gambut yang mudah terbakar dan ketiadaan awan untuk melakukan pembenihan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.