Skip to main content

Dunia

Indonesia sekat penjualan iPhone 16; gagal tepati janji gunakan komponen tempatan

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sekat penjualan iPhone 16; gagal tepati janji gunakan komponen tempatan

(Gambar: Frederic J. BROWN / AFP)

JAKARTA: Gergasi teknologi Apple Inc tidak akan dibenarkan menjual telefon bimbit bijak iPhone 16 di Indonesia selepas ia gagal mematuhi syarat yang ditetapkan termasuk Apple perlu menggunakan komponen buatan tempatan, menurut kementerian industri Indonesia.

Indonesia menghendaki beberapa telefon bijak tertentu yang dijual di negara itu menggunakan sekurang-kurangnya 40 peratuskomponen yang dihasikan dalam negara. Namun iPhone 16 tidak memenuhi keperluan itu, kata jurucakap kementerian Febri Hendri Antoni Arief dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (25 Okt).

"iPhone 16 yang diimport tidak boleh dipasarkan di negara ini, kerana Apple Indonesia gagal memenuhi komitmen pelaburan untuk mendapatkan pensijilan kandungan tempatan," katanya, sambil menambah bahawa telefon bimbit itu masih boleh dibeli di luar negara bagi kegunaan pribadi selagi pengguna membayar cukai yang diperlukan.

Apple tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas.

Telefon iPhone 16 syarikat itu mula dihasilkan pada September.

Dua pembuat telefon bijak utama pada suku pertama 2024 di Indonesia adalah syarikat China OPPO serta syarikat Korea Selatan Samsung, menurut firma penyelidikan IDC pada Mei lalu.

Indonesia mempunyai jumlah penduduk celik teknologi yang besar, menjadikan negara Asia Tenggara itu satu pasaran sasaran utama untuk pelaburan berkaitan teknologi.

Semasa lawatan Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook ke Indonesia April lalu, Menteri Perindustrian Indonesia Agus Gumiwang Kartasasmita berkata beliau berharap gergasi teknologi itu akan menambah kandungan tempatannya dengan bekerjasama dengan firma tempatan.

Apple tidak mempunyai kemudahan pengilangan di Indonesia, tetapi sejak 2018, ia menubuhkan akademi membangunkan aplikasi, yang termasuk akademi aplikasyang menelan belanja 1.6 trilion rupiah (S$134.6 juta).
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita