Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia sekat eksport minyak masak terpakai, sisa minyak kelapa sawit untuk bantu pengguna tempatan

Indonesia sudah menyekat eksport minyak masak terpakai (UCO) dan sisa minyak kelapa sawit bagi memastikan terdapat bekalan minyak masak mencukupi bagi pasaran tempatan dan industri biodiesel, menurut pemerintah Indonesia dalam satu peraturan baharu pada Rabu (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia sudah menyekat eksport minyak masak terpakai (UCO) dan sisa minyak kelapa sawit bagi memastikan terdapat bekalan minyak masak mencukupi bagi pasaran tempatan dan industri biodiesel, menurut pemerintah Indonesia dalam satu peraturan baharu pada Rabu (8 Jan).

Langkah pengeluar dan pengeksport minyak kelapa sawit utama di dunia itu bertujuan untuk membantu mencapai mandat baharu mulai tahun ini, iaitu mencampurkan 40 peratus bahan api berasaskan minyak kelapa sawit dengan bahan api diesel, yang dipanggil B40, daripada 35 peratus sebelumnya, ia menyatakan.

Pihak berkuasa di Indonesia telah meneroka cara-cara untuk menyekat eksport minyak masak terpakai, namun sejauh mana ia disekat tidak segera jelas.

Pada bulan lalu, seorang pegawai pihak berkuasa mendakwa sesetengah minyak masak yang dijual di bawah sebuah program pemerintah bernama "Minyakita" tersilap diberi label sebagai minyak masak terpakai atau UCO dan dieksport ke luar negara sebagai bahan mentah biodiesel, katanya.

Peraturan baharu itu yang berkuat kuasa segera, memerlukan kesemua pengeksport sisa minyak kelapa sawit dan minyak masak terpakai, termasuk limbah cair kelapa sawit (POME), untuk memperolehi peruntukan eksport dari pemerintah.

Peruntukan sedemikian ditetapkan semasa pertemuan antara para pegawai dari kementerian seperti perdagangan dan ehwal makanan.

POME juga digunakan untuk menghasilkan biogas, baja dan bahan api.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan