Skip to main content

Dunia

Indonesia sedia tawar perlindungan sementara kepada mangsa perang Gaza

Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata negaranya bersedia memberikan perlindungan sementara kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat perang di Gaza.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sedia tawar perlindungan sementara kepada mangsa perang Gaza

Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, melahirkan kesediaan negaranya untuk menempatkan mangsa perang Gaza buat sementara waktu. (Gambar File: AP/Hasnoor Hussain)

Diterbitkan : 09 Apr 2025 11:17AM Dikemas Kini : 09 Apr 2025 11:18AM
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata negaranya bersedia memberikan perlindungan sementara kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat perang di Gaza.

Beliau berkongsi kesediaan pemerintahnya itu dalam satu kenyataan pada Rabu (9 Apr) ketika memulakan lawatannya ke rantau Timur Tengah dan Turki.

Menurut Encik Prabowo, beliau telah mengarahkan Menteri Luar Negeri Indonesia untuk segera berbincang dengan pihak berkuasa Palestin dan pihak berkepentingan lain bagi merancang proses pemindahan mangsa yang terjejas ke Indonesia.

Encik Prabowo berkata pihaknya bersedia untuk memindahkan mereka yang cedera, mengalami trauma serta anak-anak yatim.

Pada masa yang sama, Encik Prabowo menegaskan bahawa penempatan rakyat Palestin di Indonesia bersifat sementara sehingga keadaan di Gaza pulih sepenuhnya dan kembali selamat.

Sebagai negara dengan paling ramai penduduk majoriti muslim di dunia, Indonesia berhasrat memainkan peranan lebih aktif dalam usaha mencari penyelesaian kepada konflik di Gaza.

Jakarta juga terus menyuarakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara sebagai jalan keluar kepada krisis yang berlarutan itu.

Lawatan Encik Prabowo ke rantau tersebut dijangka merangkumi pertemuan dengan beberapa pemimpin utama bagi membincangkan peranan Indonesia dalam usaha kemanusiaan dan diplomatik berkaitan konflik Palestin-Israel.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita