Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia sedia sekat Facebook, Google, WhatsApp jika tidak berdaftar dengan kementerian

Pihak berkuasa Indonesia bersedia untuk menyekat Google, Facebook, dan WhatsApp dalam beberapa hari akan datang jika pihak terbabit gagal mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Informasi negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sedia sekat Facebook, Google, WhatsApp jika tidak berdaftar dengan kementerian

Gambar fail aplikasi-aplikasi media sosial yang biasa digunakan orang ramai. (Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia bersedia untuk menyekat aplikasi media sosial dan perkhidmatan dalam talian termasuk Google, Facebook, dan WhatsApp dalam beberapa hari akan datang jika pihak terbabit gagal mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Informasi negara itu, lapor Xinhua.

Syarikat gergasi digital diberi tempoh sehingga Rabu untuk melengkapkan pendaftaran pelesenan. Pihak kementerian akan melabel aplikasi-aplikasi berkenaan sebagai haram dan menyalahi undang-undang negara jika gagal berbuat demikian.

"Kami telah memberi amaran kepada semua syarikat teknologi tempatan dan asing termasuk perkhidmatan dalam talian, laman sesawang dan pengendali aplikasi bahawa mereka perlu mendaftar jika tidak mahu dikenakan sekatan. Kami telah memberi tempoh sejak enam bulan lalu," Ketua Pengarah kementerian bahagian Aplikasi Maklumat Semuel Abrijani memberitahu pemberita pada Selasa (19 Jul).

Pendaftaran itu adalah sebahagian daripada peraturan baharu yang mula dikuatkuasa pada Januari 2022, dengan mensyaratkan semua platform teknologi perlu memperoleh lesen sebelum dibenarkan beroperasi.

Peraturan itu juga membolehkan pihak berkuasa mengarahkan platform yang mengeluarkan sebarang kandungan dianggap menyalahi undang-undang, tidak sesuai dan "mengganggu ketenteraman awam" untuk memadam hantaran dalam tempoh empat hingga 24 jam bergantung kepada kandungan berkenaan.

Pemerintah Indonesia cuba mengurangkan penyebaran maklumat palsu dan penipuan, terutamanya menjelang pilihan raya umum negara itu pada 2024.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan