Indonesia sedia penempatan sementara bagi pelarian Rohingya
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pada Isnin (11 Dis) bahawa pemerintah akan memberi penempatan sementara kepada pelarian Rohingya, yang telah memasuki wilayah Indonesia, lapor agensi berita Antara.
"Kami akan memberikan tempat perlindungan sementara buat mereka," kata Encik Jokowi, sebagai menjawab soalan mengenai masalah pengendalian pelarian Rohingya di Indonesia.

BACA:
Menurutnya pemerintah sedang membincangkan huraian bagi menangani masalah pelarian tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa berkaitan, termasuk Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Perbincangan tersebut termasuk masalah sosial yang timbul kesan penempatan masyarakat setempat, seperti di Aceh, Riau dan Medan.
"Kami masih berbincang dengan pertubuhan antarabangsa, UNHCR, dan yang lain kerana warga tempatan sudah enggan menerima kehadiran mereka," ujar Encik Jokowi.
Dalam satu kenyataannya pada 2022, UNHCR menyatakan bahawa sekitar 3,705 pelarian Rohingya meninggalkan negara tersebut melalui laut.
Angka itu adalah yang tertinggi dicatat sejak 2015.
Sementara itu, Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia melaporkan bahawa sehingga minggu lalu, terdapat 1,487 pelarian etnik minoriti dari Myanmar di wilayah Indonesia.
Encik Jokowi pernah berkata bahawa beliau mengesyaki adanya kaitan rangkaian jenayah pemerdagangan manusia dengan meningkatnya jumlah pelarian Rohingya yang memasuki wilayah Indonesia.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.