Indonesia sedia jadi tuan rumah rundingan kod tatalaku Laut China Selatan, kata Menteri Luar Retno Marsudi
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berucap di sidang media di retreat Menteri Ehwal Luar ASEAN di Jakarta, Indonesia pada 4 Feb 2023. (Gambar: AP/Achmad Ibrahim)
JAKARTA: Indonesia bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi satu rundingan berhubung kod tatalaku di Laut China Selatan.
Demikian menurut Menteri Ehwal Luar Indonesia Retno Marsudi pada Sabtu (4 Feb).
Bercakap kepada para wartawan selepas Retreat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Jakarta, Cik Retno berkata bahawa negara-negara anggota perkumpulan itu komited untuk memuktamadkan perundingan mengenai kod tatalaku tersebut secepat mungkin.
Negara-negara anggota ASEAN memegang peranan selaku pengerusi secara bergilir-gilir. Tahun ini, Indonesia adalah pengerusinya dan ia berhasrat untuk memanfaatkan peluang tersebut bagi meneruskan rundingan demikian.
"Komitmen para negara anggota untuk memuktamadkan rundingan tersebut mengenai kod tatalaku tersebut secepat mungkin adalah jelas, dengan mengambil kira keperluan untuk mempunyai kod tatalaku yang substantif, berkesan serta yang boleh diambil tindakan," tekan Cik Retno.
Cik Retno berkata bahawa pusingan seterusnya bagi rundingan tersebut, dengan Indonesia sebagai pengerusi ASEAN, akan diadakan pada Mac nanti.
China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan tetapi terdapat tuntutan bertindan daripada beberapa negara ASEAN lain. Ini termasuk Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam. Sementara itu, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya turut mencabar tuntutan wilayah China.
Indonesia bukan antara negara penuntut Laut China Selatan tetapi ia bertelagah dengan China sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengenai hak memancing di sekitar Kepulauan Natuna, yang terletak berhampiran dengan perairan yang dipertikaikan.
Negara-negara ASEAN selama ini sudah berusaha untuk berunding dengan China mengenai kod tatalaku buat bertahun-tahun lamanya, demi menghuraikan pertikaian dan insiden-insiden yang berlaku di Laut China Selatan.
Kod tatalaku itu dibangunkan sejak tahun-tahun 1990-an apabila ASEAN mengeluarkan kenyataan pertamanya mengenai perairan yang dipertikaikan itu.
Perundingan tersebut bagaimanapun terbantut dek pelbagai sebab, dengan baru-baru ini angkara pandemik COVID-19, yang menjadikannya sukar untuk mengadakan mesyuarat secara bertemu muka.
Mesyuarat pada Sabtu sekali gus menggulung mesyuarat utama pertama ASEAN yang dipengerusikan Indonesia bagi tahun ini.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.