Indonesia sedia hantar 20,000 anggota tentera sokong misi keamanan PBB di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Indonesia Prabowo Subianto. (Gambar: ANGELA WEISS / AFP)
JAKARTA: Indonesia bersedia menghantar lebih 20,000 anggota bagi menyokong usaha keamanan di Gaza atau mana-mana zon konflik lain, kata Presiden Prabowo Subianto pada Selasa (23 Sep) dalam ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Di Ukraine, di Sudan, di Libya, di mana sahaja keamanan perlu dipertahankan, kami bersedia,” katanya semasa berucap pada sesi ke-80 perhimpunan itu di New York, menurut Sekretariat Presiden.
Encik Prabowo berkata Jakarta bukan sahaja bersedia menghantar pasukan tenteranya, malah turut menyediakan sumbangan kewangan kepada misi keamanan PBB.
“Keselamatan dan keamanan global tidak boleh dipertahankan dengan kata-kata semata-mata, tetapi mesti direalisasikan melalui tindakan konkrit,” tegasnya.
Presiden itu memberi amaran bahawa dunia kini sedang berdepan era konflik, ketidakadilan dan ketidaktentuan yang mendalam.
Beliau turut menegaskan PBB mesti kekal menjadi tonggak keamanan, keadilan dan kebebasan untuk semua negara.
Justeru, Encik Prabowo menggesa agar badan dunia itu diperkukuhkan supaya mampu menangani cabaran global yang semakin kompleks termasuk peperangan, krisis kemanusiaan serta ketidaksamaan sosial dan ekonomi.

Sumber : Bernama/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.