Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia sedia bantu usaha damai Ukraine-Rusia, kata Presiden Jokowi

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sedia bantu usaha damai Ukraine-Rusia, kata Presiden Jokowi

Presiden Indonesia Joko Widodo (kiri) bertemu Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy (kanan) di luar Sidang Puncak G7 di Hiroshima, Jepun pada 21 Mei 2023. (Gambar: Handout/Presidential Secretariat/ANTARA)

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menyuarakan sokongannya terhadap usaha damai di Ukraine dalam pertemuan dua hala bersama Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy yang diadakan di luar Sidang Puncak G7 di Hiroshima, Jepun. 

Encik Jokowi turut berkata, Indonesia bersedia untuk menjadi orang tengah antara Rusia dan Ukraine, lapor Antara. 

"Presiden Zelenskyy, saya mengikuti situasi di Ukraine. Ucapan takziah saya kepada jumlah mangsa yang terus meningkat," ujar Presiden Jokowi dalam satu kenyataan pada Ahad (21 Mei). 

Encik Zelenskyy turut menzahirkan penghargaannya terhadap peranan Indonesia dalam mencapai perjanjian damai di Ukraine.

Tambahnya, beliau masih mengingati detik apabila Presiden Jokowi melawat Kyiv tahun lalu, sekali gus menjadi pemimpin pertama Asia yang mengunjungi Ukraine sejak pencerobohan itu berlaku. 

Sewaktu mesyuarat tersebut, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan pentingnya rantaian bekalan makanan dunia, yang turut diketengahkan sewaktu lawatan Encik Jokowi ke Kyiv tahun lalu. Presiden Jokowi meluahkan sokongannya bagi melanjutkan perjanjian bijirin Laut Hitam. 

"Saya mengalu-alukan perjanjian bijirin Laut Hitam dilanjutkan lagi dua bulan. Ia amat penting bagi ketersambungan rantaian bekalan gandum di dunia," kata Encik Jokowi. 

Selain itu, mesyuarat itu turut membincangkan bantuan kemanusiaan. Indonesia sudah memberi komitmen  untuk menyumbang kepada kerja-kerja ubah elok bagi salah satu hospital di Ukraine. 

"Pemerintah Indonesia akan terus bekerjasama dengan Bank Dunia dan Kementerian Kesihatan Ukraine untuk membincangkan rancangan ini," tambah Presiden Jokowi.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan