Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia sasar lancarkan harga tanda aras minyak sawit jelang Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sasar lancarkan harga tanda aras minyak sawit jelang Jun

Para pekerja memunggah biji minyak kelapa sawit ke dalam sebuah trak di ladang Namorambe di Deli Serdang, Sumatera Utara, pada 12 Mei 2022. (Gambar: ANDI / AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2023 04:40PM Dikemas Kini : 19 Jan 2023 06:18PM
JAKARTA: Indonesia merancang untuk melancarkan harga penanda aras minyak sawit mentah menjelang Jun, kata menteri perdagangannya pada Khamis (19 Jan).

"Jika boleh, kami akan memperkenalkan harga penanda aras minyak sawit sebelum Jun dan tidak akan lagi bergantung kepada Kuala Lumpur. Kami mempunyai lebih banyak minyak sawit daripada mereka, mengapa kami harus ikut Malaysia?" kata Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan di mesyuarat yang diadakan oleh Penguasa Perdagangan Niaga Hadapan Komoditi iaitu sebuah unit di bawah Kementeriaan Perdagangan.

Kebanyakan pengeksport minyak sawit di Indonesia sekarang ini menjalankan penjualan dengan pembeli secara langsung tanpa melalui pertukaran, sementara lelongan yang dikendalikan oleh syarikat perdagangan negara KPB Nusantara hanya menawarkan minyak sawit fizikal dan bukan kontrak buat masa hadapan.

Encik Zulkifli bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana pemerintah merancang untuk mendapatkan para peniaga supaya menggunakan harga baru itu sebagai pananda aras. Namun, beliau menarik perhatian bahawa Indonesia sudah berjaya menentukan harga rujukan untuk timah, yang juga diarahkan untuk didagang di bursa timah negara itu.

Indonesia mempunyai dua bursa komoditi, Bursa Komiditi dan Derivatif Indonesia serta Bursa Niaga Hadapan Jakarta.

Encik Zulkifli juga berharap Indonesia dapat melancarkan bursa aset kripto pada tahun ini.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan