Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia sasar hasilkan sendiri 70% bekalan perubatan

Indonesia merancang untuk menghasilkan sendiri 70 peratus bekalan perubatannya setelah pandemik COVID-19 memberikan peringatan tentang peri pentingnya untuk berdikari dan tidak bergantung pada sumber luar, kata Menteri Penyelaras bagi Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sasar hasilkan sendiri 70% bekalan perubatan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Aug 2020 09:22PM Dikemas Kini : 26 Aug 2020 09:26PM

JAKARTA: Indonesia merancang untuk menghasilkan sendiri 70 peratus bekalan perubatannya setelah pandemik COVID-19 memberikan peringatan tentang peri pentingnya untuk berdikari dan tidak bergantung pada sumber luar, kata Menteri Penyelaras bagi Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan.

Bercakap semasa satu seminar perniagaan online pada Selasa (25 Ogos), Encik Pandjaitan berkata amat penting sekali bagi negara itu tidak bergantung pada sumber luar negara terutama sekali berkaitan dengan bekalan perubatan dan makanan.

"Indonesia tidak sedar bahawa 90 peratus produk farmaseutikal di negara kami diimport. Kami (kini) beri tumpuan untuk membangunkan perusahaan farmaseutikal di Indonesia.

"Kami meletakkan sasaran 70 peratus daripada bekalan perubatan dihasilkan di Indonesia," katanya.

Pada peringkat awal pandemik COVID-19, Indonesia mengalami kekurangan bekalan peralatan perubatan dan perlu mengimport peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Pada Jun lalu, Presiden Joko Widodo berkata Indonesia mampu menghasilkan 17 juta unit PPE setiap bulan, melebihi 5 juta unit yang diperlukan negara itu pada setiap bulan.

Sebuah pasukan jurutera Indonesia dilaporkan berjaya menghasilkan alat pernafasan yang padat dan menjualnya lebih murah berbanding harga biasa.

TINGKATKAN KESELAMATAN MAKANAN

Encik Pandjaitan juga berkata Indonesia perlu berdikari dari segi pengeluaran makanan.

Ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu kini sedang membangunkan dua estet makanan di negara itu dengan mengubah tanah menjadi sawah padi.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan