Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia sangkal kebimbangan berkait projek ibu kota bernilai AS$32 bilion, umum insentif baru

Anggaran Waktu Membaca:
SEPAKU: Seorang pegawai berpangkat tinggi Indonesia berjanji pada Rabu (8 Mac) bahawa pembangunan ibu kota baru di dalam hutan pulau Borneo tidak akan dihentikan apabila jawatan Presiden berubah tahun depan.

Ini setelah satu insentif baru diumumkan untuk menggalak pelaburan.

Negara terbesar Asia Tenggara itu akan mengisytiharkan bandar tersebut, yang digelar Nusantara, sebagai ibu kota barunya pada separuh pertama 2024.

Demikian menurut ketua pihak berkuasa Nusantara, Bambang Susanto ketika beliau melawat tapak pembinaan di Kalimantan, timur Borneo.

Nusantara ialah projek paling penting Joko Widodo. Ia digambarkan sebagai bandar hijau dan bijak seluas 260,000 hektar (642,474 ekar). Bandar tersebut akan mengambil alih ibu kota Jakarta di pulau Jawa yang sesak dan sedang tenggelam.

Sungguhpun demikian, dengan nilai AS$32 bilion (SGD43 bilion) dan kerja-kerja pembangunan yang tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, sebilangan pelabur menyuarakan kebimbangan bahawa pembangunan itu mungkin akan kehilangan momentum selepas Encik Widodo mengakhiri tempoh lima tahun keduanya sebagai presiden pada 2024.


Di bawah pakej insentif yang diumumkan pada Rabu, pemerintah Indonesia akan menggugurkan cukai korporat. Ia hanya diberikan kepada syarikat yang melabur sekurang-kurangnya 10 bilion rupiah ($647,660) dalam beberapa sektor buat 10 hingga 30 tahun.

Ia merupakan pelepasan cukai paling lama bagi khidmat prasarana dan awam sehingga 2035.

Pelepasan cukai juga akan diberikan kepada syarikat-syarikat asing yang memindahkan ibu pejabat mereka ke Nusantara.

Syarikat-syarikat kewangan yang ditubuhkan di zon kewangan Nusantara juga diberi pelepasan cukai.

Walaupun tiada perjanjian privet ditandatangani, terdapat lebih 100 surat daripada syarikat tempatan dan asing termasuk Malaysia, China dan Amerika Syarikat yang menyuarakan minat mereka.

Demikian menurut Agung Wicaksono, timbalan ketua bagi pembiayaan dan pelaburan Nusantara.

Sebuah istana, pejabat presiden, dataran bandaraya dan empat bangunan kementerian akan siap dibina menjelang Ogos 2024.

Ia akan siap apabila Indonesia meraikan hari kemerdekaannya yang ke-79, menurut ketua perancang bandar Wallin Tsarina.

Budi Kurniawan, timbalan pengurus projek bagi pembangunan istana, berkata bahawa kemajuan di tapak pembinaan itu hanya mencacah lapan peratus setakat ini.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan