Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia sahkan penularan demam babi Afrika di ladang Riau

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sahkan penularan demam babi Afrika di ladang Riau

(Gambar hiasan: Leah Kelley/Pexels)

PARIS: Indonesia melaporkan penularan demam babi Afrika (ASF) di sebuah ladang di Pulau Riau berdekatan dengan Singapura, menurut Pertubuhan Dunia bagi Kesihatan Haiwan (WOAH) pada Selasa (9 Mei).

Wabak yang menyebabkan kematian 35,297 ekor babi dalam sekawan 285,034 di ladang yang terletak di pulau Bulan dikesan pada 1 April dan disahkan pada 28 April, menurut WOAH yang berpangkalan di Paris, sambil menukil pihak berkuasa Indonesia.

Demam babi Afrika (ASF) tidak membahayakan manusia tetapi membawa maut kepada babi. Ia melanda China selama bertahun-tahun, dengan gelombang awal pada 2018 dan 2019 menyebabkan kematian berjuta-juta ekor babi sehingga pengeluaran daging haiwan itu merosot secara dramatik dalam pasaran global. China menghadapi lonjakan jangkitan tersebut baru-baru ini.

Punca yang menyebabkan penularan di Indonesia masih belum diketahui tetapi pihak berkuasa veterinar memberitahu WOAH bahawa manusia, kenderaan, makanan haiwan, lalat dan babi hutan mungkin menyebabkan kemunculan ASF di ladang itu.

Siasatan dijalankan selepas penyakit itu dikesan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) pada babi yang diimport.
Sumber : Reuters/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan