Skip to main content

Dunia

Indonesia sahkan kapal perang Amerika lalui Selat SG dan Selat Melaka

Tentera Indonesia menyatakan pada Sabtu (21 Jun) bahawa tindakan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Nimitz yang belayar melalui Selat Melaka adalah selaras dengan undang-undang maritim antarabangsa ketika ia dikesan buat kali terakhir minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sahkan kapal perang Amerika lalui Selat SG dan Selat Melaka

Pelayaran kapal pengangkut pesawat USS Nimitz adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa. (Gambar: Bernama)

JAKARTA: Tentera Indonesia menyatakan pada Sabtu (21 Jun) bahawa tindakan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Nimitz yang belayar melalui Selat Melaka adalah selaras dengan undang-undang maritim antarabangsa ketika ia dikesan buat kali terakhir minggu lalu.

Menurut Pusat Penerangan Tentera Nasional Indonesia (Puspen TNI), kapal itu sedang belayar dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi melalui Selat Singapura dan Selat Melaka.

“Kapal itu sedang melaksanakan hak laluan transit berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982,” kata Ketua Puspen TNI Mejar Jeneral Kristomei Sianturi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata konvensyen itu membenarkan kapal perang asing melalui selat antarabangsa tanpa notis awal, asalkan ia tidak mengancam keselamatan negara pesisir.

Kenyataan itu dikeluarkan menyusuli kebimbangan awam selepas tular satu rakaman video menunjukkan kapal berkenaan berada berhampiran Wilayah Aceh pada 17 Jun, ketika ketegangan semakin meningkat di Timur Tengah melibatkan Israel dan Iran.

Menurut tentera laut Indonesia, USS Nimitz kali terakhir dikesan dengan sistem pengecaman automatik (AIS) aktif di perairan utara Belawan, berhampiran Medan di Sumatra Utara, pada Selasa lalu.

Encik Kristomei berkata Angkatan Tentera Indonesia terus memantau semua aktiviti maritim asing di perairan negara dan kekal berwaspada dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita