Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia, Rusia meterai perjanjian ekstradisi

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia, Rusia meterai perjanjian ekstradisi

Perjanjian tersebut dimeterai oleh Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia Yasonna H. Laoly (kanan) dan Menteri Keadilan Rusia Konstantin Chuychenko (kiri). (Gambar: AP)

NUSA DUA: Indonesia dan Rusia memeterai perjanjian kerjasama ekstradisi untuk memberi kedua-dua negara asas perundangan bagi menyerahkan kembali penjenayah dari negara masing-masing.

Menteri Keadilan Rusia Konstantin Chuychenko hadir di Bali untuk menandatangani perjanjian itu dengan Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia Yasonna H. Laoly.

Menurut Encik Laoly, perjanjian itu akan memudahkan kerjasama kedua-dua negara dalam membanteras jenayah rentas sempadan seperti jenayah siber, pengubahan wang haram, dadah dan rasuah.

Perjanjian ekstradisi itu adalah yang pertama antara Indonesia dengan sesebuah negara Eropah.

Sejak 2017, Indonesia telah menyampaikan empat permintaan ekstradisi kepada Rusia.

Indonesia menjalin hubungan diplomatik dengan Rusia sejak 1950 dan hubungannya kekal baik meskipun tercetusnya perang di Ukraine.

Presiden Indonesia Joko Widodo juga melakukan lawatan ke Mosko dan Kyiv pada tahun lalu dalam usaha untuk mengadakan semula rundingan damai dan mencari jalan bagi menyalurkan bekalan bijirin kepada pasaran sejagat.
Sumber : AGENCIES/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan