Indonesia rancang elaun sara hidup harian, pampasan bagi keluarga Sumatra terjejas banjir
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Mangsa banjir dahsyat baru-baru ini di pulau Sumatra, Indonesia boleh menerima sokongan pemerintah, termasuk elaun sara hidup harian, bantuan isi rumah dan pampasan sebanyak 15 juta rupiah (S$1,158.54) untuk keluarga mereka yang terkorban dalam bencana yang meragut lebih 1,000 nyawa di tiga wilayah.
Setakat Jumaat (18 Dis), angka korban mencecah 1,068 orang, dengan lebih 190 orang masih hilang dan kira-kira 7,000 cedera di Aceh, Sumatra Barat dan Sumatra Utara selepas Taufan Senyar melanda pada hujung bulan November.
Kira-kira 577,600 penduduk kehilangan tempat tinggal manakala lebih 147,000 rumah musnah, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).
Menteri Ehwal Sosial Indonesia, Saifullah Yusuf berkata bahawa pemerintah sedang mempertimbangkan skim elaun sara hidup harian untuk mangsa yang kehilangan tempat tinggal.
“Sebaik sahaja ada perumahan sementara atau perumahan tetap (tersedia untuk mereka), akan ada elaun sara hidup yang disediakan selama tiga bulan di mana dalam setiap keluarga, setiap individu akan menerima sokongan kewangan sebanyak 10,000 rupiah sehari,” Encik Saifullah berkata demikian kepada saluran berita tempatan Detik pada Khamis.
“Elaun sara hidup 10,000 rupiah bagi setiap individu. Contohnya, sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang akan menerima 50,000 rupiah setiap hari selama tiga bulan.”
Beliau menambah bahawa jumlah elaun yang diusulkan masih dalam perbincangan dengan Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Ehwal Kebudayaan Pratikno, bagi memastikan ia memenuhi taraf hidup semasa.
Pemerintah juga merancang untuk mengagihkan 3 juta rupiah bagi membantu isi rumah yang terjejas membeli dan menggantikan perabot rumah dan barang-barang penting lain yang rosak atau hilang, lapor media tempatan.
PAMPASAN UNTUK MANGSA YANG MENINGGAL DUNIA DAN CEDERA PARAH
Pemerintah juga sedang menyediakan pampasan untuk mangsa yang meninggal dunia dan mereka yang cedera parah.
Keluarga mereka yang meninggal dunia akan menerima 15 juta rupiah, manakala mangsa yang cedera parah akan menerima 5 juta rupiah, kata Encik Saifullah.
Bercakap kepada media pada Khamis, Encik Saifullah berkata bahawa kementeriannya setakat ini sudah mengagihkan lebih 100 bilion rupiah bantuan di seluruh wilayah yang terjejas.
Menteri itu juga memohon maaf jika usaha kementeriannya setakat ini tidak optimum, sambil berkata bahawa kementerian ehwal sosial akan terus menyediakan bantuan berdasarkan data yang dikumpul di lapangan dengan kerjasama pemerintah tempatan.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.