Skip to main content

Dunia

Indonesia rancang baik pulih 1,800 lintasan kereta api susuli nahas tren

Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata pada Selasa (28 Apr) bahawa pemerintah negara merancang untuk membaik pulih sekitar 1,800 lintasan kereta api di seluruh negara berikutan nahas di Bekasi yang berlaku pada lewat Isnin (27 Apr), yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan 84 yang lain, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia rancang baik pulih 1,800 lintasan kereta api susuli nahas tren

Keadaan tren yang terlibat dalam pelanggaran di Bekasi. (Gambar: REUTERS)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 28 Apr 2026 08:09PM Dikemas Kini : 28 Apr 2026 08:10PM
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata pada Selasa (28 Apr) bahawa pemerintah negara merancang untuk membaik pulih sekitar 1,800 lintasan kereta api di seluruh negara berikutan nahas di Bekasi yang berlaku pada lewat Isnin (27 Apr), yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan 84 yang lain, lapor Xinhua.

"Saya telah mengarahkan tindakan segera. Kami akan membaiki kesemuanya, sama ada dengan membina pos pengawal atau membina jejambat," kata Encik Prabowo selepas melawat mangsa yang terselamat di hospital awam wilayah Bekasi.

Rancangan berkenaan termasuk mempercepat pembinaan jejambat di Bekasi yang sudah pun diluluskan.

Sebuah tren komuter di laluan Jakarta-Bekasi terlibat dalam perlanggaran dengan tren jarak jauh yang beroperasi di laluan Jakarta-Surabaya pada kira-kira pukul 8.50 malam waktu tempatan pada Isnin.

Operasi mencari dan menyelamat sudah pun selesai, dengan semua mangsa yang dipindahkan menerima rawatan di hospital berhampiran.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita