Indonesia pindahkan hampir 2,000 penduduk selepas Gunung Semeru meletus
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Agensi Geologi Indonesia)
Agensi mitigasi bencana Indonesia (BNPB) menyatakan 1,979 orang sudah dipindahkan ke 11 pusat perlindungan dan pihak berkuasa sudahpun mengagihkan pelitup kepada para penduduk.
Letusan gunung berapi itu bermula pada pukul 2.46 pagi waktu tempatan pada Ahad (4 Dis) dan usaha menyelamat, mencari dan pemindahan sedang dijalankan.

BACA:
Letusan itu, kira-kira 640 kilometer (km) dari timur ibu kota Jakarta.
Ia menyusuli siri gempa bumi di barat Jawa, termasuk gempa satu bulan lalu yang mengorbankan nyawa lebih 300 orang.

Kepulan asap bergerak 19 km daripada pusat letusan, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG).
Ketua PVMBG, Hendra Gunawan, berkata lahar yang banyak mungkin terkumpul berbanding letusan gunung berapi sebelum ini pada 2021 dan 2020. Ini bermakna, ia akan mendatangkan bahaya lebih besar di kawasan yang lebih luas.
Dalam video yang dihantarkan kepada Reuters oleh polis di dalam kawasan berkenaan, penduduk dilihat sedang melarikan diri daripada cerun gunung berapi. Ada yang mengangkut barang-barang mereka yang di atas motosikal.
Sebuah jambatan yang rosak diselaputi abu gunung berapi itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.