Indonesia pindahkan 926 rakyatnya dari Sudan di tengah-tengah konflik
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia memindahkan 926 rakyatnya dari Sudan berikutan serangan artileri di El Fasher, ibu kota Darfur Utara.
"Kira-kira 40 orang yang lain memilih untuk tinggal di Sudan disebabkan kerja atau keluarga," kata Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi di Jakarta pada Jumaat (9 Ogos).
Beliau membuat kenyataan itu selepas mengiringi Presiden Indonesia Joko Widodo menerima kunjungan hormat daripada Pemangku Menteri Luar Sudan Hussein Awad Ali Mohammed.
Dalam majlis tersebut, Encik Jokowi melahirkan rasa terima kasih atas bantuan yang diberikan pihak berkuasa Sudan semasa pemindahan rakyat Indonesia, kata Cik Marsudi.
"Pemindahan itu mencabar kerana ia melibatkan sejumlah besar orang, dan keadaan sangat tidak begitu baik," tambahnya.
Pihak berkuasa Sudan memaklumkan kepada pemerintah Indonesia bahawa kedutaan Indonesia, yang sebelum ini terletak di Khartoum, sudah dipindahkan ke Pelabuhan Sudan disebabkan masalah keselamatan.
"Kami menghargai pihak berkuasa Sudan," katanya. "Mereka berkata kedutaan Indonesia masih di Khartoum, tetapi atas sebab keselamatan, ia kini beroperasi di Pelabuhan Sudan."
Jumlah orang yang melarikan diri dari Sudan mencecah 4 juta, tambahnya.
Selain berdepan ketegangan perang, Sudan kini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran kesihatan, termasuk masalah menangani penyakit cacar monyet, denggi, malaria dan kekurangan zat makanan.
Anadolu melaporkan terdapat pertempuran antara tentera Sudan dengan Rapid Support Forces (RSF) di El Fasher sejak 10 Mei lalu, meskipun terdapat amaran antarabangsa untuk menamatkan pertempuran di bandar itu, yang berfungsi sebagai pusat operasi kemanusiaan bagi wilayah Darfur barat.
Sejak pertengahan April tahun lalu, tentera Sudan dan RSF terlibat dalam konflik yang meragut 18,800 nyawa dan menyebabkan kira-kira 10 juta orang kehilangan tempat tinggal, dedah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.