Indonesia pesan 10,000 tangki oksigen dari Singapura bantu tangani kekurangan bekalan
Indonesia sedang mendapatkan bekalan kecemasan gas oksigen dari Singapura sedang negara itu kini bergelut dengan jumlah kes baru COVID-19 yang semakin melonjak.

Para petugas kesihatan merawat pesakit COVID-19 yang memerlukan sokongan oksigen di Indonesia. (Gambar: AP)
JAKARTA: Indonesia sedang mendapatkan bekalan kecemasan gas oksigen dari Singapura sedang negara itu kini bergelut dengan jumlah kes baru COVID-19 yang semakin melonjak.
Sekitar 10,000 tangki oksigen sedang dikirimkan dari Singapura, ada yang dengan pesawat kargo.
Menurut Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan, pihaknya juga akan memesan bekalan oksigen dari negara-negara lain termasuk China, jika bekalan tidak mencukupi.
Encik Pandjaitan turut mengeluarkan amaran, Indonesia mungkin menghadapi senario jangkitan harian meningkat kepada 50,000 kes sehari, akibat penularan varian baru Delta.
Semalam Indonesia melaporkan lebih 29,000 jangkitan baru COVID-19 dengan 558 lagi kematian.
Sistem jagaan kesihatan Indonesia kini semakin tertekan dengan jumlah katil hospital yang terhad dan kurangnya tangki oksigen untuk para pesakit yang berkurung di rumah masing-masing.
Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 63 pesakit COVID-19 di Hospital Awam Dr Sardjito di Yogyakarta meninggal dunia, 33 daripada mereka akibat kehabisan bekalan cecair oksigen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.