Indonesia pertingkat rondaan udara, laut susulan pertembungan China
Indonesia meningkatkan rondaan laut dan udara di wilayah kepulauan berhampiran Laut China Selatan yang dipertikaikan, kata seorang pegawai,
Gambar fail peta baru Indonesia. (Gambar: REUTERS/Beawiharta)
JAKARTA: Indonesia meningkatkan rondaan laut dan udara di wilayah kepulauan berhampiran Laut China Selatan yang dipertikaikan, kata seorang pegawai, hari ini (4 Jan), menyusuli pertikaian diplomatik disebabkan "pencerobohan" kapal China.
Pesawat tentera dan tiga kapal perang dengan kira-kira 600 anggota tentera laut, darat dan udara dikerahkan ke perairan di sekitar kepulauan Natuna yang bersempadan dengan Laut China Selatan.
“Pencerobohan kapal asing di wilayah zon ekonomi eksklusif Indonesia adalah ancaman terhadap kedaulatan Indonesia,” menurut Naib Laksamana Yudo Margono, komander pertahanan Indonesia dalam satu kenyataan.
Tindakan itu diambil, selepas Indonesia memanggil Duta Besar China, minggu ini, dan membuat “bantahan tegas” terhadap tindakan kapal pengawal pantai China yang mengiringi bot nelayan negara itu ke sekitar pulau terbabit, pertengahan Disember lalu.
Beijing menegaskan bahawa ia mempunyai "hak bersejarah" di rantau itu dan bot nelayan menjalankan aktiviti yang “sah dan munasabah”.
Vietnam, Taiwan, Filipina, Malaysia dan Brunei juga turut sama menuntut kepulauan di Laut China Selatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.