Skip to main content

Dunia

Indonesia pertimbang sistem peluru berpandu Itali, Perancis, Turki untuk kapal perang

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia pertimbang sistem peluru berpandu Itali, Perancis, Turki untuk kapal perang
Gambar hiasan.
Diterbitkan : 26 Mar 2026 11:55PM
JAKARTA: Indonesia sedang mempertimbangkan sistem peluru berpandu dari beberapa negara termasuk Itali, Perancis dan Turki untuk kapal perang yang baharu diterimanya, KRI Prabu Siliwangi-321.

Ketua Turus Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Muhammad Ali berkata pemilihan peluru berpandu bagi kapal berkenaan masih dalam penilaian, dengan pelbagai pilihan sedang diteliti ketika ini.

"Peluru berpandu masih dalam pertimbangan. Terdapat beberapa pilihan, antaranya dari Itali, MBDA Perancis, dan kemungkinan juga dari Turkiye. Perkara itu masih dalam penelitian kami," katanya mengikut laporan agensi berita ANTARA pada Khamis (26 Mac).

Muhammad Ali berkata keputusan mengenai sistem sensor kapal itu juga masih belum dimuktamadkan, meskipun sistem meriam utamanya telah dimuktamadkan.

KRI Prabu Siliwangi-321 tiba di Pelabuhan Tanjung Priok, pelabuhan utama  Jakarta pada Khamis selepas belayar dari Itali, sekali gus menandakan aset terbaharu dalam armada tentera laut Indonesia yang kian berkembang.

Kapal perang berkenaan, yang dibina oleh syarikat pembinaan kapal Itali, Fincantieri, direka untuk melaksanakan pelbagai misi termasuk rondaan, peperangan permukaan dan bawah permukaan, pertahanan udara, serta operasi kemanusiaan.

Menurut Angkatan Laut Indonesia, kapal itu telah menjalani ujian sistem senjata dan kesiapsiagaan tempur sebelum ketibaannya, termasuk ujian tembakan struktur meriam 127 milimeter semasa pelayaran terakhirnya.

Kapal itu dilengkapi dengan meriam utama 127 milimeter OTO Melara, meriam 76 milimeter Strales untuk sasaran udara jarak sederhana, sistem pelancaran peluru berpandu menegak, torpedo anti-kapal selam, serta senjata jarak dekat.
 
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita