Indonesia pertimbang periksa Istana Presiden bagi kesan alat intip susuli skandal pemintasan komunikasi
Indonesia akan memperketat kawalan terhadap peralatan pengawasan komunikasi milik pemerintah dan mempertimbangkan pemeriksaan di Istana Presiden bagi mengesan peranti pengintipan, menyusuli skandal pemasangan alat pintas dengar yang terbongkar minggu lalu.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyampaikan ucapan tahunan kenegaraan di bangunan Parlimen di Jakarta pada 14 Ogos 2026, menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara itu. (Gambar fail: AP/Dita Alangkara)
- Indonesia plans to tighten controls on agencies’ eavesdropping equipment and is considering inspections at the Presidential Palace after an unauthorised communications surveillance scandal came to light last week.
- Four senior police officers, including former National Police Chief Listyo Sigit Prabowo, are suspected of involvement. He was dismissed as Prabowo’s Chief of Staff after being arrested, but no formal charges have been filed.
- The investigation began with information received by the police and identified the locations of the devices. The targets are believed to have included government officials, businesspeople, journalists, activists and politicians since late 2024.
- Prabowo discussed the scandal with 10 former National Police Chiefs on Nov 8, as the Government also faces pressure over the cost of social programmes and efforts to restore investor confidence.
- Indonesia merancang mengetatkan kawalan peralatan pintas dengar milik agensi dan mempertimbangkan pemeriksaan di Istana Presiden selepas skandal pemantauan komunikasi tanpa kebenaran terbongkar minggu lalu.
- Empat pegawai kanan polis, termasuk mantan Ketua Polis Negara Listyo Sigit Prabowo, disyaki terlibat; beliau dipecat daripada jawatan Ketua Staf Presiden Prabowo selepas diberkas, namun belum ada pertuduhan rasmi.
- Siasatan bermula daripada maklumat yang diterima polis dan mengenal pasti lokasi peranti, sementara sasaran dipercayai merangkumi pegawai pemerintah, ahli perniagaan, wartawan, aktivis serta ahli politik sejak penghujung 2024.
- Prabowo membincangkan skandal itu dengan 10 mantan Ketua Polis Negara pada 8 Nov ketika pemerintah turut menghadapi tekanan mengenai kos program sosial dan usaha memulihkan keyakinan pelabur.
JAKARTA: Indonesia akan memperketat kawalan terhadap peralatan pengawasan komunikasi milik pemerintah dan mempertimbangkan pemeriksaan di Istana Presiden bagi mengesan peranti pengintipan, menyusuli skandal pemasangan alat pintas dengar yang terbongkar minggu lalu.
Skandal tersebut melibatkan empat pegawai kanan polis, termasuk mantan Ketua Polis Negara Indonesia, Listyo Sigit Prabowo, yang disyaki memantau komunikasi telefon tanpa kebenaran.
Encik Listyo sebelum ini dilantik sebagai Ketua Staf Presiden Prabowo Subianto, tetapi dipecat minggu lalu selepas diberkas berhubung dakwaan tersebut.
Pemerintah Indonesia sebelum ini menyatakan bahawa kegiatan pemintasan komunikasi itu mungkin melibatkan unsur pengkhianatan terhadap negara.
Siasatan masih dijalankan dan setakat ini, tiada pertuduhan rasmi diumumkan berhubung perkembangan terbaharu tersebut.
KAWALAN PERALATAN PENGAWASAN DIPERKETAT
Menteri Penyelaras Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Indonesia, Yusril Ihza Mahendra, pada Isnin (9 Nov) berkata pemeriksaan di Istana Presiden bagi mengesan peranti pengintipan merupakan antara langkah pencegahan yang sedang dipertimbangkan.
Beliau berkata pemerintah juga sedang mengambil langkah bagi memastikan peranti pemintasan komunikasi yang dimiliki agensi tertentu tidak disalahgunakan pada masa depan.
Menurut Encik Yusril, siasatan bermula selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan tersebut.
Ketua Polis Negara yang baharu kemudian menyiasat maklumat berkenaan sebelum melaporkan hasilnya kepada Encik Prabowo.
Encik Yusril berkata siasatan telah mengenal pasti lokasi peranti pemintasan komunikasi tersebut, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
WARTAWAN, AHLI PERNIAGAAN TURUT JADI SASARAN
Pihak berkuasa Indonesia masih belum mendedahkan sepenuhnya skala kegiatan pemintasan komunikasi tersebut, yang dipercayai bermula selepas Encik Prabowo memegang jawatan Presiden pada penghujung 2024.
Selain Presiden dan pegawai kanan pemerintah, individu yang menjadi sasaran turut termasuk ahli perniagaan, wartawan, aktivis serta tokoh politik.
Bagaimanapun, identiti mereka belum didedahkan dan jumlah keseluruhan individu yang dipantau masih belum diketahui.
Encik Listyo, yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Presiden Prabowo, dilihat secara meluas sebagai penyokong mantan Presiden Joko Widodo.
Skandal tersebut turut menjadi perhatian di tengah-tengah ketegangan politik antara Encik Prabowo dengan Encik Widodo, yang sebelum ini menyokong beliau.
Pada Ahad (8 Nov), Encik Prabowo mengadakan pertemuan dengan 10 mantan Ketua Polis Negara, yang turut membincangkan skandal pemintasan komunikasi tersebut.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad.
Perkembangan tersebut berlaku ketika pemerintah Encik Prabowo berdepan tekanan awam berhubung kos program sosialnya, selain berusaha memulihkan keyakinan pelabur selepas beberapa perkembangan yang menjejas pasaran saham dan mata wang Indonesia tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.