Skip to main content

Dunia

Indonesia pertimbang campuran 1% bahan api penerbangan mampan jelang 2026

Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, sedang menimbangkan rancangan untuk mewajibkan penerbangan antarabangsa dari Jakarta dan Bali untuk menggunakan campuran satu peratus bahan api penerbangan mampan (SAF) mulai tahun 2026, menurut pegawai kementerian tenaga, Edi Wibowo, pada Khamis (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia pertimbang campuran 1% bahan api penerbangan mampan jelang 2026

Beberapa lori dilihat berhampiran ladang kelapa sawit di sebuah kampung berdekatan Ibu Kota Nusantara, di Sepaku, wilayah Kalimantan Timur, Indonesia, pada 8 Mac 2023. (Gambar: REUTERS/Willy Kurniawan)

JAKARTA: Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, sedang menimbangkan rancangan untuk mewajibkan penerbangan antarabangsa dari Jakarta dan Bali untuk menggunakan campuran satu peratus bahan api penerbangan mampan (SAF) mulai tahun 2026, menurut pegawai kementerian tenaga, Edi Wibowo, pada Khamis (16 Okt).

Syarikat tenaga milik negara, Pertamina, tahun ini mula menghasilkan SAF yang sebahagiannya diperbuat daripada minyak masak terpakai (UCO) di salah satu unit penapisannya, dan merancang untuk menukar dua lagi loji penapisannya bagi memproses bahan api daripada UCO.

“Peraturan bagi pelaksanaan berperingkat penggunaan SAF sedang digubal, dengan cadangan ia dimulakan pada 2026 dengan pelaksanaan awal sebanyak 1 peratus,” kata Encik Edi.

Di bawah peraturan yang diusulkan itu, Indonesia akan meningkatkan kadar campuran SAF secara berperingkat kepada lima peratus menjelang 2035.

Menurut anggaran badan pemikir Kajian Strategik Minyak Sawit Indonesia, negara itu mempunyai potensi untuk menghasilkan antara tiga hingga empat juta kiloliter UCO setiap tahun.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita