Indonesia persiap 500,000 pekerja hijrahan berkemahiran, kurangkan jumlah pembantu rumah
Anggaran Waktu Membaca:
- Indonesia sedang mempersiap sehingga 500,000 pekerja berkemahiran melalui program latihan vokasional dan pendidikan untuk dihantar ke luar negara.
- Menteri Penyelaras Pemerkasaan Masyarakat, Muhaimin Iskandar, berkata dasar itu menunjukkan peralihan strategik ke arah penempatan karyawan dalam sektor formal yang menawarkan perlindungan lebih kukuh dan pulangan ekonomi yang lebih tinggi, lapor Jakarta Globe.
- Menteri Perlindungan Pekerja Migran, Mukhtarudin, menjelaskan beberapa langkah pemerintah untuk memperkasa dan melindungi pekerja migran.
- Semasa majlis tersebut, pemerintah Indonesia juga secara simbolik menghantar 1,035 pekerja hijrahan Indonesia ke pelbagai negara destinasi.
JAKARTA: Indonesia sedang mempersiap sehingga 500,000 pekerja berkemahiran melalui program latihan vokasional dan pendidikan untuk dihantar ke luar negara.
Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan jumlah pekerja hijrahan dalam sektor domestik (pembantu rumah), menurut seorang pegawai kanan pada Khamis (18 Dis).
Menteri Penyelaras Pemerkasaan Masyarakat, Muhaimin Iskandar, berkata dasar itu menunjukkan peralihan strategik ke arah penempatan karyawan dalam sektor formal yang menawarkan perlindungan lebih kukuh dan pulangan ekonomi yang lebih tinggi, lapor Jakarta Globe.
“Kami terus meningkatkan bilangan pekerja hijrahan profesional dalam sektor formal sambil mengurangkan kebergantungan kepada penempatan pekerja domestik,” kata Encik Muhaimin semasa sambutan Hari Migran Antarabangsa 2025 di Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta.
Encik Muhaimin juga menyampaikan penghargaan kepada pekerja hijrahan Indonesia di seluruh dunia.
“Saya ucapkan selamat Hari Migran Antarabangsa 2025 kepada semua pekerja migran kami di serata dunia. Indonesia bangga dengan anda,” katanya, lapor Jakarta Globe.
Menurut Encik Muhaimin, Presiden Prabowo Subianto sudah mengarahkan pemerintah untuk melahirkan seberapa ramai pekerja berkemahiran yang boleh ditempatkan di pelbagai negara mengikut permintaan pasaran buruh global.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Kementerian Perlindungan Pekerja Migran dengan kerjasama B-Universe Media Holdings, sebagai tanda pengiktirafan pemerintah kepada pekerja hijrahan Indonesia sebagai penyumbang utama pembangunan negara dan pendapatan pertukaran wang asing.
Menteri Perlindungan Pekerja Migran, Mukhtarudin, menjelaskan beberapa langkah pemerintah untuk memperkasa dan melindungi pekerja migran. Ini termasuk meluaskan latihan vokasional bermula dari peringkat sekolah menengah atas, menubuhkan “Kampung Migran” di semua 38 wilayah untuk menyediakan pekerja di peringkat masyarakat, dan menyediakan pembiayaan penempatan sehingga Rp 100 juta (S$8,500) dalam masa lima hari bekerja, lapor Jakarta Globe.
Inisiatif lain termasuk perkhidmatan tindak balas pantas 24 jam untuk aduan perlindungan, perlindungan keselamatan sosial pekerjaan dan kesihatan yang menyeluruh, pendigitalan penuh dan integrasi data sistem pekerja hijrahan, serta pengurangan masa proses penempatan kepada 14 hari, dengan pengesahan pesanan kerja dihadkan kepada tujuh hari sahaja.
Pemerintah juga memperkenalkan syarat pentauliahan bagi agensi pengambilan pekerja hijrahan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
“Kami melancarkan kempen ‘Migran Selamat’ untuk mendidik orang ramai dan semua pihak berkepentingan tentang cara menjadi pekerja hijrahan yang selamat dan bersedia di mana sahaja mereka ditempatkan,” kata Encik Mukhtarudin.
Semasa majlis tersebut, pemerintah Indonesia juga secara simbolik menghantar 1,035 pekerja hijrahan Indonesia ke pelbagai negara destinasi.

Sumber : Agensi berita/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.