Skip to main content

Dunia

Indonesia perkenal reka bentuk pasport baharu sempena Hari Kemerdekaan ke-79

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia perkenal reka bentuk pasport baharu sempena Hari Kemerdekaan ke-79

(Gambar: Direktorat Jenderal Imigrasi)

JAKARTA: Indonesia memperkenalkan reka bentuk pasport baharu yang menampilkan warna kebangsaan merah dan putih, menggantikan warna hijau kebiruan yang digunakan sejak 2014.

Pasport yang dikemas kini itu diperkenalkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-79 pada Sabtu (17 Ogos), dengan matlamat untuk meningkatkan ciri keselamatan dan mewakili unsur budaya negara.

Ketua Pengarah Imigresen Silmy Karim berkata, pasport yang direka bentuk semula itu memenuhi piawaian antarabangsa terkini yang ditetapkan oleh Lampiran 9 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa mengenai kemudahan.

“Piawaian ini memerlukan kemas kini berkala terhadap ciri keselamatan pasport untuk mencegah pemalsuan dan pengubahan data,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Reka bentuk baharu tersebut termasuk ciri keselamatan canggih seperti kulit tahan panas, dan halaman pasport memaparkan corak fabrik tradisional yang menonjolkan elemen budaya wilayah Indonesia.

Sejak diperkenalkan pada 1945, pasport negara itu mengalami beberapa perubahan reka bentuk daripada kelabu kepada biru, hijau dan hijau tua.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita