Indonesia perkenal khidmat masyarakat, pemulihan ganti hukuman penjara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
JAKARTA: Kitab Undang-Undang Hukum Pidana Indonesia (KUHP) dan Kitab Undang-Undang Hukum Acara Pidana (KUHAP) yang baharu digubal di Indonesia memperkenalkan khidmat masyarakat, pengantaraan dan pemulihan sebagai alternatif kepada hukuman pemenjaraan.
Menurut agensi berita ANTARA, KUHP baharu itu mencerminkan peralihan sistem keadilan jenayah negara itu daripada pendekatan bersifat punitif atau retributif kepada pendekatan restoratif yang lebih mengutamakan pemulihan serta rekonsiliasi.
Selain khidmat masyarakat dan pengantaraan, kanun itu turut memperuntukkan pemulihan perubatan atau sosial bagi pengguna narkotik (pesalah dadah), satu langkah yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan penjara.
Kanun yang baharu dikuatkuasakan itu menggantikan undang-undang lama, termasuk peruntukan yang diwarisi daripada undang-undang jenayah era penjajahan Belanda, sekali gus menandakan pembaharuan besar pada landskap perundangan Indonesia.
Sementara itu, KUHAP memperkukuhkan prosedur penyiasatan, pendakwaan dan perbicaraan dengan meningkatkan ketelusan, melindungi hak mangsa dan saksi, memperluaskan mekanisme pampasan, serta mengintegrasikan sistem digital bagi meningkatkan kecekapan.
Walau bagaimanapun, kedua-dua kanun tersebut tidak bersifat retrospektif. Ini bermakna, kes-kes yang telah dimulakan sebelum tarikh penguatkuasaan akan tetap diadili di bawah undang-undang terdahulu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.