Skip to main content

Dunia

Indonesia perhebat usaha padam api, tapak kebakaran melonjak ke 893

Indonesia memperhebat usaha memerangi kebakaran hutan dan tanah sedang bilangan tapak kebakaran yang diyakini di seluruh negara meningkat lebih dua kali ganda kepada 893. Pada masa yang sama, 61 pesawat dikerahkan bagi tujuan operasi pemadaman menggunakan kaedah bom air, rondaan dan pengubahsuaian cuaca.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia perhebat usaha padam api, tapak kebakaran melonjak ke 893

Indonesia perlu isytihar bencana nasional sebelum terima bantuan asing tangani kebakaran. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 01 Oct 2026 08:27AM
Indonesia steps up efforts to put out fires as number of fire sites jumps to 893
  • Indonesia stepped up operations to put out forest and land fires after 893 high-confidence fire sites were detected as of Tuesday night, up from 365 a day earlier.
  • The Ministry of Forestry deployed 61 aircraft for water bombing, patrols and weather modification, while continuing monitoring and field checks.
  • South Sumatra recorded the highest number of hotspots, followed by Central Kalimantan and several other regions, while Riau was reported to have no hotspots.
  • The Ministry also reported that 254 wild animals were rescued, while Minister for Defence Sjafrie Sjamsoeddin acknowledged the assistance of 361 Japanese personnel in Kalimantan.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Indonesia memperhebat usaha memerangi kebakaran hutan dan tanah sedang bilangan tapak kebakaran yang diyakini di seluruh negara meningkat lebih dua kali ganda kepada 893. Pada masa yang sama, 61 pesawat dikerahkan bagi tujuan operasi pemadaman menggunakan kaedah bom air, rondaan dan pengubahsuaian cuaca.

Menurut Kementerian Perhutanan (Kementerian Kehutanan), armada udara tersebut terdiri daripada 44 pesawat untuk operasi pemadaman kebakaran menggunakan kaedah bom air dan 17 untuk operasi rondaan dan pengubahsuaian cuaca, melengkapkan usaha memadam kebakaran di darat.

Berdasarkan sistem pemantauannya, kementerian memaklumkan, 893 tapak kebakaran berkeyakinan tinggi dikesan di seluruh negara setakat pukul 9.10 malam pada Selasa, melonjak daripada 365 sehari sebelumnya, dengan peningkatan ketara di Sumatra Selatan dan Kalimantan Tengah.

Sumatra Selatan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 266 titik panas, diikuti Kalimantan Tengah sebanyak 132, Jambi (75), Kalimantan Barat (30) dan Kalimantan Selatan (28). Tiada titik panas dikesan di Riau.

Kementerian tersebut menyatakan beberapa tapak kebakaran boleh dikaitkan dengan kejadian yang sama.

"Perkembangan ini mendapat perhatian dan semua petunjuk terus disusuli melalui pemantauan dan semakan terus di lapangan," menurutnya dalam satu kenyataan video yang dikeluarkan pada Rabu.

Sementara itu, dalam isu berlainan, kementerian memaklumkan sebanyak 254 haiwan liar yang terjejas akibat bencana alam, seperti orang utan Borneo, monyet proboscis, tenggiling dan beruang matahari, sudah diselamatkan, menerima rawatan, menjalani pemulihan atau ditempatkan semula di habitat yang lebih selamat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pertahanan, Sjafrie Sjamsoeddin pada Rabu menganugerahkan pingat perkhidmatan Satyalancana Dharma Samudera Indonesia kepada 361 kakitangan Jepun sebagai mengiktiraf bantuan mereka terhadap kebakaran hutan dan tanah negara tersebut.

Jepun menamatkan bantuan memadam kebakarannya di Kalimantan pada Selasa selepas mengerahkan kapal Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun JS Kunisaki dan tiga helikopter CH-47 Chinook untuk membantu operasi yang diselaraskan dengan agensi pengurusan bencana dan tentera Indonesia.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita