Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia pergiat pencarian pesawat hilang di Kalimantan Utara sejak semalam

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedang mempertingkatkan usaha pada Sabtu (9 Mac), untuk mencari pesawat Pilatus yang hilang di Kalimantan Utara sedang ia menghantar barangan asas.

Pesawat tersebut, yang menuju ke Krayan, Nunukan, kendalian syarikat PT Smart Aviation. Hubungan dengan pesawat itu terputus tidak lama selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Juwata Tarakan pada pukul 8.26 pagi waktu tempatan pada Jumaat (8 Mac).

Perkhidmatan trafik udara Indonesia, Airnav, tidak menerima sebarang kemas kini tentang kedudukan pesawat tersebut pada 11.26 pagi, yang menyebabkannya membuat laporan ke Pejabat Mencari dan Menyelamat Tarakan (Basarnas).

"Operasi mencari, termasuk imbasan udara oleh dua pesawat dari Long Bawan ke Binuang, tidak menghasilkan sebarang petanda tentang pesawat yang hilang itu," kata ketua Basarnas Tarakan Encik Syahril dalam satu kenyataan.

Meskipun usaha pencarian yang luas dijalankan, termasuk imbasan pesawat dari Malinau ke Binuang, dan kemudian oleh helikopter tentera dari Tarakan ke Binuan, tiada sebarang tanda pesawat ditemui pada Jumaat, tambah Encik Syahril.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan