Indonesia percepatkan usaha lindungi pembantu rumah
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Para pembantu rumah di Indonesia merupakan antara golongan yang kerap dianiaya, bakal mendapat perlindungan dan wakil guaman lebih baik.
Ini selepas Jakarta mempercepatkan proses penggubalan Rang Undang-Undang bagi perlindungan pembantu rumah Indonesia.
Rang undang-undang itu sebelum ini belum diluluskan Parlimen buat hampir dua dekad.
Tidak hairanlah, kelengahan tersebut mencetuskan sekumpulan pembantu rumah dan aktivis berkumpul di luar Dewan Perwakilan setiap Rabu.
Mereka menggesa para penggubal dasar untuk segera meluluskan rang undang-undang tersebut demi melindungi para pembantu rumah.
PENGALAMAN NGERI - DISURUH TELANJANG
Antara pembantu rumah yang malangnya melalui pengalaman ngeri dianyai ialah Rizki Nur Azkia.
Berusia 18 tahun, Rizki diterajang, ditumbuk dan dipukul majikannya iaitu sepasang suami isteri warga Indonesia di Jakarta.
Pengalam ngeri beliau tidak terhenti di situ malah menjadi semakin teruk.
"Jika cuci piringnya tidak bersih, disuruh majikan isteri untuk telanjang dan dirakam video. Telanjang kemudian disuruh tidur di balkoni lalu dia bawa air gula yang disiram ke tubuh lalu pintunya langsung dikunci sampai pagi keesokannya dibuka," rintih Rizki.
Para aktivis mengatakan mereka menerima lebih 3,200 aduan keganasan terhadap pembantu rumah sejak 2015.
Rang undang-undang untuk melindungi mereka kini menjadi keutamaan pemerintah Indonesia.
Presiden Indonesia Joko Widodo bertegas: "Untuk mempercepat undang-undang perlindungan pembantu rumah ini, saya perintahkan kepada Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia dan Menteri Tenaga Kerja untuk segera melakukan kordinasi dan rundingan bersama penggubal undang-undang dengan semua rakan berkepentingan."
Di bawah rang undang-undang itu, majikan yang didapati bersalah melakukan keganasan ke atas pembantu rumah boleh dipenjara sehingga lapan tahun.
Ini termasuk perlindungan dari segi gaji dan manfaat, waktu bekerja dan hari cuti iaitu sesuatu yang dialu-alukan pembantu rumah seperti Sania.
Sania berkata: "Saya fikir ini baik kerana seperti hari cuti ada daripada kami dapat dua hari sebulan atau sekali dalam seminggu. Ia berdasarkan perjanjian antara pembantu dan majikan.
"Sekarang tidak seperti begitu. Majikan tidak boleh buat sesuka hati ke atas pembantu rumah mereka."
SOKONGAN BUAT MAJIKAN
Terdapat sekitar empat juta pembantu rumah di Indonesia dan mereka tidak mempunyai perlindungan guaman kerana tidak diiktiraf sebagai pekerja rasmi.
Rang undang-undang itu juga melindungi kepentingan para majikan.
Sebagai contoh, ia mengenal pasti kategori kerja untuk mengurus jangkaan majikan dengan lebih baik.
Seorang majikan Putri Fitria berkongsi: "Saya mahu tahu apa latar belakangnya, apa kemahirannya. Sebelum ini, pembantu rumah saya kata beliau tidak boleh masak, jadi itu okay.
"Lebih penting lagi, orang itu perlu bertenaga dan bermain dengan anak saya kerana saya bekerja dan tidak boleh menjaganya sepanjang hari."
Para aktivis menyatakan rang undang-undang itu sama dengan perjanjian Indonesia dengan pemerintah asing melibatkan warganya yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara.
Indonesia membekalkan ribuan rakyatnya setiap tahun ke banyak negara dengan kebanyakannya bekerja sebagai pembantu rumah.
Penyelaras Rangkaian Nasional Pejuang Pembantu Rumah Indonesia Lita Anggaraini berkata: "Ini bermakna kedudukan kami lebih baik semasa mahu membuat tuntutan di destinasi negara demi melindungi pembantu rumah kami. Di negara kami sendiri, kami perlu ada peraturan supaya konsisten."
Kini, langkah seterusnya bergantung kepada para penggubal dasar Indonesia untuk menentukan rang undang-undang bagi perlindungan pembantu rumah dan meluluskannya.
Para pembantu rumah pula berharap bahawa selepas menunggu hampir 20 tahun, perkara itu dapat dihuraikan secepat mungkin.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.