Skip to main content

Dunia

Indonesia patahkan percubaan individu guna visa kerja untuk tunai haji

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia patahkan percubaan individu guna visa kerja untuk tunai haji

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Apr 2025 08:54AM Dikemas Kini : 19 Apr 2025 08:55AM
JAKARTA: Polis Indonesia menggagalkan percubaan 10 individu untuk menunaikan ibadah haji ke Arab Saudi menggunakan visa kerja, dalam usaha yang disifatkan pihak berkuasa sebagai percubaan memintas sistem kuota rasmi negara itu.

Anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten bertindak apabila kumpulan dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan itu bersiap untuk menaiki penerbangan komersial ke Malaysia sebelum meneruskan dengan perjalanan ke Arab Saudi.

“Kami kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Agama untuk siasatan lanjut,” kata Ketua Polis Lapangan Terbang, Ketua Pesuruhjaya Ronald Sipayung, seperti dipetik Metro TV.

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan sama ada tuduhan jenayah akan dikenakan.

Menurut siasatan, kumpulan itu cuba menyamar sebagai jemaah haji sah dengan membawa bagasi yang sepadan seperti kumpulan haji rasmi, namun pemeriksaan rutin menimbulkan kecurigaan.

“Penerbangan umrah telah digantung bagi memberi laluan kepada persiapan musim haji yang bermula Mei ini,” kata Pesuruhjaya Siasatan Jenayah Yandri Mono.

Daripada 10 individu berkenaan, sembilan merupakan bakal jemaah dan seorang wakil agensi pelancongan, masing-masing dilaporkan membayar antara 100 juta rupiah (S$7,800) hingga 200 juta rupiah (S$15,600) kepada agensi terlibat.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita