Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia pantau media sosial bagi cegah radikalisme berleluasa

Pihak berkuasa Indonesia kini menggunakan media sosial untuk membanteras rangkaian-rangkaian pengganas dan menangani fahaman radikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jun 2018 06:21PM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 01:04AM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia kini menggunakan media sosial untuk membanteras rangkaian-rangkaian pengganas dan menangani fahaman radikal.

Dalam tindakan terbarunya, akaun media sosial para pelajar universiti dipantau. Ini menyusuli penangkapan tiga alumni Universiti Riau minggu lalu. Mereka dilaporkan memasang bom-bom di kawasan kampus dan merancang untuk meletupkan bangunan parlimen di Riau dan Jakarta.

Satu laporan oleh Agensi Perisikan Nasional mendedahkan sekitar 40 peratus pelajar universiti Indonesia terdedah kepada ideologi radikal.

Pihak berkuasa memberi jaminan usaha pemantauan tidak akan menjejas kegiatan akademik dan bermatlamat untuk mencegah fahaman radikal berleluasa di kampus universiti.

Pakar-pakar mengenai pengganasan mengatakan, penyebaran ideologi radikal di kampus bukan satu fenomena baru kerana para pelajar sering berinteraksi dengan pihak-pihak asing.

Kementerian Pendidikan Indonesia juga menegaskan ia akan bekerjasama dengan agensi antipengganasan untuk mengatasi isu tersebut.

Sumber : Agensi berita/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan