Skip to main content

Dunia

Indonesia padam kebakaran seluas 31 hektar di Sulawesi, Papua

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia padam kebakaran seluas 31 hektar di Sulawesi, Papua

Kebakaran hutan dan tanah gambut jejas 31 hektar lagi kawasan di tiga wilayah Sulawesi dan Papua. (Gambar Facebook Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB)

Diterbitkan : 11 Oct 2026 09:07AM Dikemas Kini : 11 Oct 2026 10:17AM
Indonesia battles fires spanning 31 hectares in Sulawesi and Papua
  • Indonesia is putting out forest and peatland fires spanning another 31 hectares in Mamuju, Sigi and Nabire, according to Berton Panjaitan of the BNPB.
  • Operations are also continuing in six priority areas in Sumatra and Borneo, which recorded 270 hotspots as of Friday night.
  • Several other fires covering 161.97 hectares in Raja Ampat, Bali, East Java and Bangka Belitung were reported to have been successfully extinguished.
  • In Ternate, an 11-hectare fire at the Takome landfill was difficult to control because of smoke, wind, methane gas and limited equipment.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Indonesia sedang berusaha memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut yang menjejaskan 31 hektar lagi kawasan di tiga wilayah di Sulawesi dan Papua, selain meneruskan operasi pemadaman yang sudah berlarutan selama berbulan-bulan di enam wilayah keutamaan negara itu.

Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Berton Panjaitan berkata kebakaran seluas 20 hektar yang tercetus pada 4 Oktober di Mamuju, Wilayah Sulawesi Barat masih aktif setakat Jumaat, dengan asap merebak ke kawasan penduduk berhampiran.

"Pemerintah tempatan turut menggali parit menggunakan jentera berat bagi mencegah api daripada merebak di bawah permukaan tanah gambut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (10 Okt).

Enam wilayah keutamaan berkenaan ialah Riau, Jambi dan Sumatra Selatan di Pulau Sumatra, serta Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan, yang mencatatkan 270 kawasan panas setakat Jumaat malam.

Encik Berton berkata satu lagi kebakaran seluas lima hektar yang bermula pada 8 Oktober di Sigi, Wilayah Sulawesi Tengah juga masih aktif, manakala usaha memadam kebakaran berterusan di Nabire, Wilayah Papua Tengah berikutan kebakaran seluas enam hektar yang bermula pada 7 Oktober.

Sementara itu, beliau berkata kebakaran menjejaskan lagi 161.97 hektar di empat wilayah telah berjaya dipadamkan, termasuk 123.2 hektar di Raja Ampat, Papua Barat Daya berikutan kebakaran antara 4 hingga 7 Okt; 22.77 hektar di Bali sejak 6 Oktober; serta lapan hektar masing-masing di Jawa Timur dan Bangka Belitung dari 8 Oktober.

Secara berasingan, Encik Berton memaklumkan kebakaran seluas 11 hektar di tapak pelupusan sampah Takome di Ternate, Maluku Utara kekal sukar dipadamkan berikutan asap yang merebak ke kawasan perumahan berhampiran, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan.

Beliau berkata usaha memadam kebakaran terhalang akibat api yang merebak jauh ke dalam timbunan sampah setinggi lebih lima meter, angin kencang, gas metana dan peralatan yang terhad, manakala Ternate kekal di bawah pengisytiharan darurat bencana sehingga 16 Oktober.
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita