Indonesia padam 5 juta akaun pengguna bawah umur di platform digital
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia memadam sekitar lima juta akaun milik pengguna bawah umur daripada pelbagai platform digital menyusuli pelaksanaan 'Peraturan Pemerintah tentang Tata Kelola Penyelenggaraan Sistem Elektronik dalam Perlindungan Anak'.
Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Meutya Hafid berkata jumlah itu dicapai menerusi kerjasama dengan platform digital.
“Bersama-sama platform berkenaan, kami telah memadam lima juta akaun kanak-kanak. Walaupun lima juta pengguna masih kecil berbanding sasaran kami, pada peringkat global pencapaian ini mengatasi apa yang dilakukan TikTok di Australia,” kata beliau pada Selasa (4 Ogos), menurut laporan berita tempatan.
Cik Meutya berkata Indonesia menggunakan pendekatan berasaskan risiko bagi melindungi kanak-kanak online, berbanding mengenakan larangan usia secara menyeluruh seperti yang dilaksanakan di Australia.
Di bawah pendekatan itu, kanak-kanak berusia bawah 16 tahun dilarang mengakses platform digital yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.
Peraturan itu bertujuan menggalakkan syarikat teknologi mereka bentuk semula perkhidmatan untuk pasaran Indonesia demi memberikan perlindungan lebih baik kepada kanak-kanak.
Sebagai contoh, platform permainan Roblox menutup fungsi sembang bagi pengguna Indonesia berusia bawah 16 tahun, melainkan dengan persetujuan ibu bapa.
“Kami berharap pada masa akan datang, langkah ini bukan sekadar melarang kanak-kanak daripada membuka akaun, tetapi menjadi gerakan lebih luas yang menggalakkan platform melakukan perubahan,” katanya.
Bagaimanapun, Cik Meutya mengakui pelaksanaan peraturan itu masih mencabar, khususnya dari segi pengesahan usia kerana banyak syarikat teknologi masih belum menggunakan kaedah lebih canggih seperti algoritma anggaran usia pengesahan wajah atau analisis tingkah laku.
Beliau berkata, kerangka semasa mewajibkan syarikat mengemukakan penilaian kendiri yang memperincikan tahap risiko yang ditimbulkan perkhidmatan masing-masing.
Setakat ini, kementerian itu sudah membuat penilaian melibatkan 200 platform yang dikendalikan oleh 79 Penyedia Sistem Elektronik, dengan lapan platform mengklasifikasikan perkhidmatan mereka sebagai berisiko tinggi.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.