Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia naikkan 10% cukai eksais produk tembakau pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia naikkan 10% cukai eksais produk tembakau pada 2023

(Gambar: Adek Berry/AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2022 05:34PM Dikemas Kini : 04 Nov 2022 05:34PM

JAKARTA: Indonesia akan menaikkan kadar cukai eksais bagi produk tembakau sebanyak purata 10 peratus pada tahun depan dalam usaha untuk mengawal pengambilan rokok, umum Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati di sidang media pada Khamis (3 Nov). 

Kadar cukai itu akan dinaikkan sebanyak 10 peratus sekali lagi pada 2024, kata menteri itu, sambil menambah bahawa kenaikan lebih tinggi akan dikenakan pada rokok buatan mesin.

Indonesia menaikkan kadar cukai eskais bagi produk tembakau hampir setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengurangkan jumlah perokok dalam kalangan belia, lapor Reuters. 

Kadar perokok dalam kalangan belia di negara itu pada tahun ini secara purata 12 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa