Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia mungkin tunda umum kabinet baru hingga Rabu

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata beliau mahukan menteri-menteri yang inovatif dalam kabinet barunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia mungkin tunda umum kabinet baru hingga Rabu

Presiden Joko Widodo selepas majlis angkat sumpah pada 20 Okt 2019 (Gambar: Antara/Sigid Kurniawan/Reuters)

Diterbitkan : 21 Oct 2019 07:26PM Dikemas Kini : 21 Oct 2019 07:30PM

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata beliau mahukan menteri-menteri yang inovatif dalam kabinet barunya.

Menulis di laman Twitter hari ini (21 Okt), Presiden Jokowi juga mengatakan beliau mahu melantik menteri-menteri yang produktif serta bekerja keras dan pantas.

Selepas mengangkat sumpah jawatannya bagi penggal kedua pada Ahad, Presiden Jokowi pada mulanya dijangka mengumumkan kabinet barunya hari ini namun ada kemungkinan ia ditangguhkan sehingga lusa.

Salah seorang muka baru yang besar kemungkinan menyertai kabinet baru Indonesia ialah pengasas bersama khidmat kereta sewa dan pembayaran, GoJek, Nadiem Makarim, 35 tahun.

Encik Nadiem enggan mendedahkan jawatan kabinet yang bakal disandangnya.

Bagaimanapun beberapa media meramalkan beliau mungkin dilantik sebagai Menteri Ekonomi Digital atau Menteri Pendidikan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan