Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia mula tawarkan vaksin kepada kanak-kanak usia 6 hingga 11 tahun

Indonesia akan mula menawarkan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun pada Selasa (14 Dis), menurut pegawai kementerian kesihatan Indonesia, sekali gus menjadikan negara itu antara yang pertama di rantau ini untuk menawarkan vaksin tersebut kepada kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia mula tawarkan vaksin kepada kanak-kanak usia 6 hingga 11 tahun

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 13 Dec 2021 02:55PM Dikemas Kini : 13 Dec 2021 02:56PM

JAKARTA: Indonesia akan mula menawarkan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun pada Selasa (14 Dis), menurut pegawai kementerian kesihatan Indonesia, sekali gus menjadikan negara itu antara yang pertama di rantau ini untuk menawarkan vaksin tersebut kepada kanak-kanak.

Indonesia sudah meluluskan vaksin Sinovac Biotech yang berasal dari China untuk kelompok umur tersebut pada bulan lalu dan sekitar 26.5 juta kanak-kanak disasarkan bagi vaksinasi tersebut, kata Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Maxi Rein Rondonuwu semasa satu taklimat.

Hanya vaksin Sinovac yang diluluskan untuk kanak-kanak di Indonesia dan Encik Maxi menambah bahawa pihak berkuasa akan mengehadkan penggunaan vaksin itu bagi kelompok usia tersebut mulai tahun depan.

"Ini dilakukan untuk mempercepat proses memvaksin semua penduduk di Indonesia. Kami sedang memperkukuh daya imun kelompok," kata Encik Maxi lagi pada Ahad (12 Dis), sambil menyatakan bahawa vaksinasi untuk kelompok usia tersebut akan bermula di Kawasan Besar Jakarta.

Jumlah kes koronavirus di Indonesia melebihi 4.2 juta dengan 13 peratus daripada keseluruhan kes melibatkan mereka yang berusia antara 0 dengan 18, menurut data pemerintah.

Di Asia, China sudah mula menawarkan vaksin kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas, manakala kanak-kanak di Kemboja yang berusia 6 hingga 12 tahun sudah menerima satu dos vaksin pada bulan September. Minggu lalu, Singapura juga mengumumkan bahawa kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun akan mula divaksin sebelum hujung tahun ini.

Indonesia bergelut dengan salah satu penularan paling serius COVID-19 di Asia. Namun, jumlah jangkitan merosot baru-baru ini dengan purata 400 kes harian pada bulan lalu berbanding 40,000 kes pada bulan Julai.

Sekitar 38 peratus daripada 270 juta penduduk Indonesia sudah lengkap divaksin.

Selain vaksin Sinovac, Indonesia juga menawarkan vaksin-vaksin Moderna, Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca. 

Sumber : Reuters/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan