Skip to main content

Dunia

Indonesia mula pendaftaran calon bagi Pilihan Raya Umum Ketua Daerah

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia mula pendaftaran calon bagi Pilihan Raya Umum Ketua Daerah

Bangunan pejabat Komisi Pemilihan Umum (KPU) di Jakarta. (Gambar: Yasuyoshi CHIBA / AFP)

Diterbitkan : 28 Aug 2024 05:06PM Dikemas Kini : 28 Aug 2024 08:08PM
JAKARTA: Pendaftaran calon-calon bagi Pilihan Raya Umum Ketua Daerah atau Pilkada di Indonesia berlangsung pada Rabu (28 Ogos).

Bagi Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta atau DKI Jakarta, dua pasangan calon telah mendaftar untuk bertanding sebagai Gabenor.

Mereka ialah mantan Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dan Setiausaha Kabinet, Pramono Anung.

Encik Ridwan berpasangan dengan Encik Saswono sebagai Calon Naib Gabenor manakala Encik Pramono bergandingan dengan bekas pelakon, Rano Karno.

Pasangan Encik Ridwan dan Encik Saswono mendapat sokongan banyak parti politik termasuk Golkar dan Gerindra, parti bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Encik Pramono dan Encik Rano pula disokong Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

Sebelum ini, PDI-P dilaporkan bakal mencalonkan semula mantan gabenor Jakarta, Anies Baswedan.

Pilkada tahun ini berlangsung pada 27 November nanti.

Selain gabenor dan naib gabenor, para pengundi juga perlu memilih ketua daerah atau bupati serta datuk bandar atau wali kota.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita