Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia mula benarkan beberapa aktiviti sosio-ekonomi meski darurat dilanjutkan hingga 2 Ogos

Indonesia mula membenarkan beberapa aktiviti sosio-ekonomi walaupun tempoh pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) dilanjutkan dan kes kematian harian akibat COVID-19 melebihi angka seribu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia mula benarkan beberapa aktiviti sosio-ekonomi meski darurat dilanjutkan hingga 2 Ogos

Seorang pedagang jalanan di Indonesia. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 26 Jul 2021 03:25PM Dikemas Kini : 26 Jul 2021 03:27PM

JAKARTA: Indonesia mula membenarkan beberapa aktiviti sosio-ekonomi walaupun tempoh pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) dilanjutkan dan kes kematian harian akibat COVID-19 melebihi angka seribu.

Bermula hari ini (26 Jul), pemerintah Indonesia membenarkan pasar, peniaga kecil, bengkel kenderaan, kedai gunting rambut dan pengusaha kecil yang lain kembali beroperasi sehingga pukul 9 malam dengan protokol kesihatan yang ketat.

Orang ramai juga kembali dibenarkan makan di warung, kedai makan atau restoran tetapi hanya dalam tempoh (dine-in) 20 minit sahaja.

"Dengan mempertimbangkan aspek kesihatan, aspek ekonomi dan dinamika sosial, saya memutuskan untuk melanjutkan penerapan PPKM dari tanggal 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021," kata Presiden Joko Widodo dalam siaran menerusi YouTube Sekretariat Presiden.

PPKM darurat sebelum ini dikuatkuasakan sejak 3 Julai lepas sehingga 25 Julai, sebelum dilanjutkan sehingga semalam dengan membataskan  banyak kegiatan sosio ekonomi.

Menurut data yang disiarkan  Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia setakat semalam, sebanyak 1,266 kematian harian direkodkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 83,279 orang.

Kes positif keseluruhan di republik itu kini melebihi 3.1 juta kes dengan 573,908 pesakit aktif (dirawat).

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan