Indonesia meterai perjanjian pinjaman AS$1 bilion dengan Australia bagi lawan COVID-19
Indonesia memeterai perjanjian pinjaman bernilai AS$1.09 bilion (S$1.47 bilion) dengan kerajaan Austalia.

Gambar fail Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati. (Gambar: REUTERS/Kham)
JAKARTA: Indonesia memeterai perjanjian pinjaman bernilai AS$1.09 bilion (S$1.47 bilion) dengan kerajaan Austalia untuk digunakan bagi melawan pandemik COVID-19 di negara itu, dedah Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati hari ini (12 Nov).
"Setiap orang, semua segmen masyarakat terjejas akibat COVID-19 dan peranan dasar fiskal bersama dengan instrumen-instrumen lain seperti dasar kewangan sangat kritikal semasa tempoh sukar ini," kata Cik Sri Mulyani dalam satu sidang media yang disiarkan online.
Indonesia melaporkan jumlah jangkitan dan kematian COVID-19 yang tertinggi di Asia Tenggara, dengan 448,118 kes dan 14,836 kematian setakat sehingga Rabu, menurut pasukan bertindak COVID-19 negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.