Skip to main content

Dunia

Indonesia, Mesir kecam petempatan haram Israel, sokong penubuhan negara Palestin

Indonesia dan Mesir mengecam sekeras-kerasnya pembinaan petempatan haram Israel serta menegaskan semula sokongan terhadap penubuhan negara Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia, Mesir kecam petempatan haram Israel, sokong penubuhan negara Palestin

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi bercakap pada sidang media bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto selepas pertemuan mereka di Istana Merdeka di Jakarta, Indonesia, pada 11 Oktober 2026. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 12 Oct 2026 07:34AM Dikemas Kini : 12 Oct 2026 07:43AM
Indonesia, Egypt condemn illegal Israeli settlements, support establishment of Palestinian state
  • Indonesia and Egypt condemned illegal Israeli settlements, military operations and violations of international law that affect Palestinian civilians, especially women, children and the elderly.
  • After meeting in Jakarta on Sunday, President Prabowo Subianto and Abdel Fattah El-Sisi reaffirmed their support for a Palestinian state, a two-state solution, humanitarian aid and the reconstruction of Gaza.
  • The two leaders also called for tensions in the Middle East to be eased, as the escalating conflict could threaten public safety, global stability and the world economy.
  • El-Sisi's first state visit to Indonesia in 11 years also resulted in cooperation in education, defence, maritime affairs, investment, trade and the economy, including additional scholarships for Indonesian students.
Dijana oleh AI

JAKARTA: Indonesia dan Mesir mengecam sekeras-kerasnya pembinaan petempatan haram Israel serta menegaskan semula sokongan terhadap penubuhan negara Palestin.

Kedua-dua negara turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan keganasan, operasi ketenteraan Israel dan pelanggaran undang-undang antarabangsa, khususnya yang menjejaskan orang awam Palestin.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata kedua-dua negara berkongsi kebimbangan serius terhadap keganasan dan pencabulan hak asasi manusia, khususnya yang menjejaskan wanita, kanak-kanak dan warga emas.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya pembinaan petempatan haram Israel serta tindakan yang memburukkan lagi keadaan," kata mereka dalam kenyataan media bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi selepas pertemuan mereka di Jakarta pada Ahad (11 Okt).

Encik Prabowo menegaskan semula pendirian Indonesia bahawa penyelesaian dua negara kekal sebagai satu-satunya jalan menuju keamanan, manakala kedua-dua negara berikrar untuk terus menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib sendiri, bantuan kemanusiaan serta usaha pemulihan dan pembinaan semula Gaza.

Berhubung situasi lebih luas di Timur Tengah, Encik Prabowo berkata kedua-dua pemimpin menggesa ketegangan diredakan, semua pihak menahan diri serta menghormati undang-undang antarabangsa selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil memberi amaran bahawa peningkatan ketegangan selanjutnya boleh mengancam keselamatan orang awam, kestabilan global dan ekonomi dunia.

Sementara itu, Indonesia dan Mesir bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan, pertahanan dan maritim, dengan Kaherah menawarkan tambahan biasiswa kepada pelajar Indonesia menyusuli perbincangan antara pemimpin kedua-dua negara di Jakarta pada Ahad.

Encik Prabowo berkata komitmen tersebut dicapai dalam perbincangan dengan Encik El-Sisi yang bertujuan memperkukuh perkongsian strategik kedua-dua negara.

"Kami menghargai tawaran Mesir untuk menambah biasiswa, khususnya dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan sains," kata beliau pada sidang media bersama sambil menambah kedua-dua negara akan memperluas pertukaran pelajar, kerjasama antara universiti dan penyelidikan bersama.

Dalam bidang pertahanan, Encik Prabowo berkata kedua-dua pihak bersetuju memperkukuh kerjasama industri pertahanan, pendidikan dan latihan bersama serta pertukaran melibatkan pemimpin dan pakar ketenteraan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Mesir atas sokongan terhadap kapal Tentera Laut Indonesia yang melaksanakan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timur Tengah.

Dalam bidang maritim, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan kerjasama dalam pembangunan mampan, pemuliharaan sumber marin, membanteras penangkapan ikan secara haram serta pertukaran kepakaran.

Encik Prabowo berkata lawatan tersebut turut menghasilkan beberapa perjanjian dua hala meliputi bidang maritim dan perikanan, statistik, pelaburan, kerjasama industri pertahanan, perdagangan dan kerjasama ekonomi, selain pelan tindakan bagi memajukan perkongsian strategik kedua-dua negara.

Encik El-Sisi tiba di Jakarta pada Sabtu (10 Okt) selepas melawat Malaysia, menandakan lawatan negara pertamanya ke Indonesia dalam tempoh 11 tahun.

Kali terakhir beliau melawat negara itu adalah pada September 2015 ketika bertemu dengan presiden ketika itu Joko Widodo.

Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita