Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia mahu kukuhkan kerjasama pertahanan, keselamatan dengan rakan-rakan ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia mahu kukuhkan kerjasama pertahanan, keselamatan dengan rakan-rakan ASEAN

Gambar: Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur

JAKARTA:  Indonesia perlu kukuhkan kerjasama dalam sektor pertahanan dan keselamatan dengan negara-negara ASEAN agar wujud sikap saling mempercayai di tengah-tengah persaingan kuasa besar di Indo-Pasifik, kata Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.

Beliau berkata kerjasama itu sekali gus dapat membina keupayaan pertahanan, meningkatkan profesionalisme anggota tentera negaranya serta memperkukuh industri pertahanan dan menyokong dasar diplomasi luar negeri.

“Ancaman tentera diperkirakan akan berpotensi muncul dan membahayakan kedaulatan negara, keutuhan wilayah negara, dan keselamatan segenap bangsa,” kata bekas komander pasukan khas sebagaimana dilaporkan portal media pada Khamis (20 Jan).

Bercakap semasa mempengerusikan mesyuarat tahunan pimpinan kementeriannya di ibu kota Indonesia, Prabowo berkata ancaman itu boleh berlaku melalui pasukan tentera asing, perang konvensional, konflik terbuka, pelanggaran kawasan sempadan, penyusupan dan pengintipan perisikan.

Ancaman lain termasuk angkatan bersenjata dari dalam negara sendiri dan gerakan pemisah.

Sumber : Bernama/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan