Indonesia luluskan vaksin COVID-19 pertama buatan tempatan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Chaideer Mahyuddin)
AKARTA: Indonesia meluluskan vaksin COVID-19 pertama buatan tempatan bagi penggunaan kecemasan, menurut ketua agensi kesihatan negara tersebut pada Jumaat (30 Sep).
Beliau memuji perkembangan itu sebagai langkah ke arah "kemerdekaan negara dari segi akses kepada perubatan".
Jakarta menekankan pentingnya untuk menghasilkan vaksin tempatan sejak bermulanya pandemik namun buat masa ini ia bergantung kepada vaksin Sinovac dari China dan vaksin mRNA Moderna serta Pfizer-BioNTech dari Barat.
Vaksin IndoVac, yang dihasilkan syarikat farmaseutikal milik negara Bio Farma dan Kolej Perubatan Baylora dan berpangkalan di Texas, kini boleh digunakan sebagai suntikan pertama bagi mereka yang belum divaksin atau belum divaksin sepenuhnya, dalam kalangan orang dewasa di negara keempat paling ramai penduduk.
"Penghasilan...vaksin tempatan adalah kebanggaan buat rakyat Indonesia sebagai asas dan langkah pertama untuk mencapai kemerdekaan negara dari segi akses kepada perubatan," kata Ketua Agensi Makaan dan Ubat-Ubatan (BPOM), Penny Lukito di sidang media pada Jumaat (30 Sep).
Ketua perubatan itu berkata IndoVac sudah menunjukkan keberkesanan pada kadar 92 peratus, di mana tiada laporan kematian yang dikaitkan dengan vaksin tersebut semasa tempoh ujian. Kesan sampingan yang pula dilaporkan sebagai "ringan".
Kajian klinikal untuk menggunakannya sebagai dos penggalak sedang dijalankan, tambah Encik Lukito.
Agensi tersebut juga mengumumkan ia sudah mendapat kelulusan bagi penggunaan kecemasan untuk vaksin mRNA yang dihasilkan di China, sekali gus menjadi negara pertama melakukan sedemikian.
Vaksin IndoVac buatan tempatan tersebut sudah mendapat sijil halal.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.