Skip to main content

Dunia

Indonesia larang guna Boeing 737 MAX 8 sempena Aidilfitri

Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi, berkata pesawat Boeing 737 MAX 8 kekal dilarang digunakan dan tidak boleh beroperasi membawa penumpang sepanjang cuti Hari Raya ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia larang guna Boeing 737 MAX 8 sempena Aidilfitri

Pesawat 737 MAX di kilang Boeing. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 27 May 2019 03:22PM Dikemas Kini : 27 May 2019 03:27PM

TANGERANG: Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi, berkata pesawat Boeing 737 MAX 8 kekal dilarang digunakan dan tidak boleh beroperasi membawa penumpang sepanjang cuti Hari Raya ini.

“Boeing 737 MAX 8 tidak dibenarkan terbang, walaupun pasti berdepan kemuncak penerbangan menjelang dan selepas Aidilfitri,” kata Encik Budi kepada wartawan di Tangerang pada Ahad (26 Mei).

Syarikat penerbangan diarah tidak membenarkan Boeing 737 MAX 8 beroperasi sebelum, semasa dan selepas sambutan Hari Raya.

Larangan itu kekal sah sehingga siasatan akhir mengenai pesawat itu selesai.
Encik Budi menambah pengharaman dibuat atas dasar keselamatan.

Indonesia, secara rasmi mendapatkan nasihat selanjutnya daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengenai siasatan menyeluruh Boeing 737 MAX 8 susulan nahas Ethiopian Airlines pada 10 Mac 2019, mengorbankan semua 157 penumpang dan anak kapal.

“Kami sudah menghantar surat pada 12 Mac lalu, meminta nasihat FAA kerana Indonesia adalah antara negara yang mempunyai banyak Boeing 737 MAX 8,” kata Pengarah Umum Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan, Polana B Pramesti, Mac lalu.

Jawapan segera daripada FAA amat penting bagi Indonesia sebagai rujukan bagi mengendalikan pemeriksana ke atas Beoing 737 Max 8. Ini memandangkan pesawat serupa yang dikendalikan Lion Air juga terhempas pada Oktober 2018.

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita